Pada 10 Februari yang lalu saya menerima sms dari seorang hamba Allah, dan sms-nya seperti berikut :
Salam tuan, saya sekeluarga telah 10 tahun menderita gangguan makhluk halus, 5 kali buang saka, ratus kali mandi limau, puluhan kali pagar rumah (paling lama bertahan pun 3 hari saja), puluhan kali operasi tangkap jin, puluhan perawat islam, perawat alternatif, bomoh dan pawang telah kami jumpa, baca yaasiin ratusan kali, baca ayatul qursi puluhan ribu, baca ayat "3 Qul"ratusan ribu, garam berguni-guni, a
ir kolah masjid bergelen-gelen, solat hajat, pelbagai amalan, ilmu dan petua. Macam-macam jenis jin dan syaitan dalam bilangan yang banyak, sering di top-up oleh penyihir.
JALAN CENDERAWASIH 9, RPT JELAPANG BARU (MANJOI)
Saya offer tempat saya jadi pusat latihan ilmu perawat-perawat..
wassalam..
- Sama2 lah kita doakan saudara kita ini, moga-moga Allah angkat segala dugaan-dugaan dan gangguan-gangguan yang beliau alami. Sms ini saya letakkan disini atas hajat dan persetujuan beliau..
Saya mendoakan agar segala amalan-amalan yang beliau amalkan tersebut diterima Allah, dan semoga beliau sekeluarga termasuk dalam golongan orang2 yang bersabar dan redha dengan ketentuan Allah..
Sesiapa yang berhajat nak test power membantu saudara kita ni silakan :-)
Assalamualaikum..apa yg Allah nak tunjuk yer ustaz?..Segala amal yang hak telah dibuat..segala ikhtiar telah dilakukan..apa hikmah yang Allah nak bagi pada kita hambanya?..moga di beri petunjuk dan hidayah dengan apa yg berlaku...
ReplyDeleteMoga saudara kita nie dapat tabah dan dapat menyingkap himah disebalik pe yg berlaku..amin
wa'alaikum salam amry...
ReplyDeleteAllah lebih mengetahui... Dan sesungguhnya, jika kita hendak menghitung nikmat yang Allah beri pada kita, nescaya kita takkan mampu menghitungnya...
Jikalau tiada gangguan jin sekalipun, iblis laknatullah memang kerjanya nak menyesatkan anak Adam...
Tidak terjadi satu zarah melainkan mesti ada sebabnya...
wallahu'aq'lam..
Insyaallah setiap penyakit Allah turunkan, mesti ada ubatnya. Ana berpendapat dalam rawatan ini pesakit dan perawat perlu memperbetulkan niat. Elakkan daripada menisbahkn kepada diri ataupun makhluk. Niat berubat dan merawat kerana ALLAH. Ini yg penting sbb kita ni daripada tiful maani kepada kembali kepada tiful maani.
ReplyDeleteBenar tu tuan.. ini bukan masalah salah limau, bukan salah garam, bukan salah petua, bukan salah ilmu, bukan salah kaedah, bukan salah zikir.. ada sesuatu yang perlu diteliti... mesti ada sebab... wallahu'aq'lam...
ReplyDeletePada hemat saya, bukan disebabkan kekurangan dikalangan perawat2 , ataupun kesilapan ketika meruqyah , dsbg...Tapi mungkin tuan empunya badan dan keluarganya yang kena meningkatkan amalan2 kerohanian, banyakkan membaca al quran dan berzikir, serta membayakkan taubat & istighfar kpd Allah swt. Mestia ada hikmah disebalik setiap ujian & dugaan yg Allah turunkan..yakinlah, tiada sesuatu pun yg boleh mendatangkan mudharat, kecuali Allah..
DeleteSalam, Tuan. Teringat saya akan kata-kata Tuan..Allah masih sayangkan kita, diberiNYA Ujian, Masih sayanglagi diberiNYA Kiffarah. Bila ALLAH dah MURKA diberiNYA BALA....Moga semunya itu tanda KASIHNYA UNTUK MENAIKAN DARJAT Hambanya.....
ReplyDeleteSalam..tuan... carilah penawar hati... kerana HATI berpunca pelbagai penyakit... Allahu A'lam..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustz azrin..sy minta pesakit yg brhjat utk mnyuruh perawat test power niy utk mmberi alamat yg tpat kerana sy dh smpai tmpatnya ttpi tdak jmpa rumah yg dimaksudkn..
ReplyDeleteUstaz Sharhan kan ada
ReplyDeletewa'alaikum salam.. saya dah sms tuan punya rumah, dia tak balas sms saya... saya hanya menyampaikan hajat beliau sahaja.. saya tak de kena mengena dengan ini cerita.. :-)
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Ustaz dan semua.
ReplyDeletePesaki ada menyebut ada masalah gangguan saka. Ini tentu merujuk kepada saka peninggalan keluarga pesakit.
Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum rawatan dijalankan adalah pesakit perlu memastikan barang-barang pemilik saka dikeluarkan daripada rumah.
Kedua, untuk rawatan saka adalah lebih tepat sekiranya rawatan dijalankan dari atas ke bawah contohnya daripada datuk hinggalah kepada cucu.
Ketiga, elakkan bertemu pawang dan bomoh atau dalam lain perkataan kahin.
Allah berfirman: "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." (Surah al-Jin; 72:6)
Wallahu'alam.
Subhanallah. Ada juga yang nak main2 dengan Perawat Islam. Hentikanlah. Perawat itu cuma menjalankan tugas sebagai khalifah aja, menghukum atau membunuh mana2 jin yang melanggar syariat. Semoga kita semua insaf.
ReplyDeleteKALAU DAH BACA RATUSAN RIBU TAK MENJADI JUGAK HARUS SEBAB MUNAFIK. CUBA LA SEMAK KUT ADA TANDA TU KAT DIRI SENDIRI
ReplyDeleteIni apa cerita pulak ni. Kalau ada Perawat Islam tak berjaya menyembuhkan penyakit, adakah kerana dia itu munafik? Kalau ada Perawat Orang Asli berjaya menyembuhkan penyakit, adakah dia itu bukan munafik dan termasuk Wali Allah? Bab ikhtiar itu hak hamba dan termasuk hak Syariat, tapi bab menyembuhkan itu hak Allah sebab termasuk hak Hakikat. Tapi kalau mengikut cara Perawat Wahhabi, memanglah dia tolak bab Hakikat sebab tasawuf itu bid'ah dholalah, katanya.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,bg pendapat sy,mana2 pesakit yg disyaki terkena gangguan jin,itu menandakan Allah amat menyayangi kita dgn cara yg kita tak duga,bila terjadi keadaan sebegitu,Allah mahukan kita bersihkan diri dan hati,dekatkan diri padaNya,Allah bg mcm2 sakit pd kita krn mahu mengkifarahkan dosa,kecil atau besar,tp dgn syarat sabar dan terus berusaha mengubatinya.jgn berputus asa,apa2 yg kita usahakan sebenarnya tdk memberi bekas,bahkan Allah yg menyembuhkan jika Dia berkehendak.Mintalah dgn Allah sepenuh hati dgn perasaan sebagai hambaNya.
ReplyDeleteuztas azrin tak cukup power ke nak rawat? tegok dlm blog cm handal je uzts kaki tipu juga ke? ada berani jawap la
ReplyDeletehello ber,lu cakap cm 2,ckp blkg2 je...berani tjuk muka la...aku dh kenal lme degn ustaz azrin..die penh merawat aku..bodoh r nko nie,ckp org menipu..nti nko kne rasuk dek setan.jgn nko jmp ustaz azrin@mne2 perawat..yelah,cara nko komen,nmpk nko terer apa..apa barg ckp blkg..kalu berani,jmp face to face kt ustaz azrin..hormat sket ber...eleh..uwek...ustaz azrin,jgn layan komen bahlul macam nie,nti boleh merosak minda..org y ckp mcm 2,pemikiran die dh rosak sgt2..kshn kan..scan die ustaz,mne tau otak die dh kne kawal dek jin,setan..hohoho..gelak2..
DeleteSaya tak layan komen bangang dalam blog ni... kalau awak nak tengok handal ke tidak awak datang jumpa saya depan2.. bukan pandai mengata dalam internet, tapi tak tunjuk muka... datang jumpa saya.. saya tunggu tau... saya ulang sekali lagi.. saya tunggu awak.. :-) jangan tak datang...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum semua.. sekali lagi saya nak jelaskan disini, saya hanyalah menyampaikan hajat pesakit ini untuk menghebahkan kepada sesiapa yang berhajat membantu beliau...
ReplyDeleteSaya tidak pernah berjumpa dengan pesakit ini, tidak mengenali beliau, DAN SAYA TIDAK PERNAH MERAWAT BELIAU... saya banyak tugas lain... kalau sesiapa berhajat nak mohon bantuan saya, ada CARANYA dan ada ADABNYA... dalam rawatan Pesakit DAN Perawat, kedua2nya perlu ikhlas... tidak boleh salah satu pihak sahaja yang beriya2...
Sengaja saya biarkan sahabat2 semua memberi pandangan masing2, moga2 semuanya itu dapat kita jadikan i'tibar..
wassalam..
boleh juga perawat dari Sabah ikhtiarkan sesuai dgn sifat tawakal.ikhtiar dulu baru tawakal ilallah.tapi jauh sangat tempat orang tu.kalau ta dipisahkan dgn laut atau ada biaya ke sana insyaallah boleh juga perawat2 dari Sabah 7 orang datang ke sana untuk ikhtiarkan.mana tau penutup rawatan daripada mandian 7 lapis kain putih dengan air doa 7 rahsia Al quraan dalam tempayan tanah liat pada waktu tengah malam.Selain itu sepasang pakaian lama yg akan dibungkus ikat mati dan ditanam ke dalam tanah 7 kaki bersama air mandian awal.Dan beberapa lagi rahsia perubatan purba yg tdk bertentangan dgn Islam.Insyaallah.makrifat rawatan ialah bukan manusia yg merawat kerana manusia itu lemah,hakikatnya Allah lah yg merawat.Apabila Allah STW yg merawat maka berlakulah firmanNya 'Kun Fayakun'.Subhanallah
ReplyDeleteSlm
DeleteBagaimana nak contact perawat dari Sabah ni? Saya sedang berusaha untuk rawatan gangguan sihir. Mana tahu dengan izin Allah s.w.t. ada keserasian. Allahua'lam.
Try dtg rawang,selangor..ada pak kiyai dari Indonesia yg buat rawatan ini..
ReplyDelete