Wednesday, March 14, 2012

Bertempur dengan Jin KingKong Berbulu Landak...


Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, kesibukan siang tadi dengan pelbagai urusan mendorong aku untuk melabuhkan badan ke sofa empuk lebih awal dari biasa..

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi... ringtone lagu doraemon memang menjadi kegemaran sejak dari dulu lagi... Kubiarkan saja lagu doraemon tersebut mengalunkan iramanya... perghhhh... memang best laa lagu kartun jepun ni... :-)

"Assalamu'alaikum", dengan suara yang penuh macho aku memulakan bicara.

"Wa'alaikum salam ustaz, saya mohon nak bertanya beberapa soalan boleh tak?"... ianya adalah panggilan dari seorang wanita, nak bagi tanya ke tak... nak bagi tanya ke tak... ok laa tanya laa...

Dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek ni, wanita tersebut bertanyakan mengenai mimpi beliau yang agak pelik. Beliau terlalu kerap mimpi "bersama" (melakukan hubungan) dengan lelaki, beliau bertanya adakah ini tanda-tanda gangguan..

Seperti biasa aku tidak mahu membesar-besarkan isu kerana tidak mahu pesakit kerisauan, aku tanyakan berkenaan dengan tanda-tanda gangguan yang lain, namun jawapannya tiada. Jadi untuk tidak menyulitkan keadaan, aku beritahu wanita tersebut tidak ada apa-apa yang perlu beliau risaukan, cuma aku sarankan agar beliau membuat air rawatan untuk mandian dan minuman.

Selesai saja perbualan melalui telefon, aku terus memohon petunjuk Allah berkenaan dengan masalah wanita tadi. Ku tenangkan diri ini sambil cuba mengintai-ngintai pintu mata batin, frequensi antara lena dan sedar.... Setelah beberapa ketika cuba melepaskan pandangan batin ini.... MasyaAllah!!... kelihatan beberapa ekor jin gangguan yang sedang bersembunyi didalam tubuh badan wanita tersebut. Diantaranya adalah jin asyik yang agak tegar... badan besar macam king kong, berbulu landak dan muka tak handsome langsung... ada hati nak kawin dengan manusia... Selamat jalan laa romeo.. cinta mu hanya bertepuk sebelah tangan... bisik hatiku pada makhluk durjana tersebut..

Kedengaran hilai tawa jin-jin tersebut yang langsung tidak menyeramkan. Kiranya hilaian tawa jin tersebut tak dapat menandingi kehebatan "kak pon" (pontianak). Kalau lah nak dibandingkan "kak pon" mengilai, bulu hidung pun boleh tegak dibuatnya..

Kelihatan jin-jin gangguan tersebut cuba bergabung tenaga untuk menyerang dan menutup pandanganku dari terus mengintai... tiba-tiba kedengaran bunyi siren yang sangat kuat di telingaku... aku tersentak... dan tersedar... kurang ajar punya jin... main kasar nampaknya...

Tak boleh jadi ni... suka-suka hati nak test power kegabanan aku... Dalam keadaan berbaring dan penuh santai, aku memohon keizinan Allah untuk menyerang jin-jin gangguan tersebut dengan "pedang petir jarak jauh"... (amaran : jangan tiru aksi ini dirumah... hehehehe)

Dengan izin Allah dalam pandangan alam batin, keluarlah pedang berkilat-kilat dari celahan tanganku, dan dari hujung mata pedang itu pula keluar cahaya petir yang sangat terang memancar-memancar sehingga ke langit... Aku telah bersedia untuk melancarkan serangan... dengan lafaz Bismillahi Allahuakhbar!!!!! Allahuakhbar!!!! Allahuakhbar!!!!

BUZZZZZZZZZZZZZ........ KEBAAABOOOMMMMMM!!!!!! KEBAAAABOOOMMMMM!!!!!

berdentam-dentum bunyi guruh yang keluar dari mata pedangku terus menghentam dan menghunjam jin-jin gangguan yang angkuh dan sombong itu.... suasana sepi seketika... tikaman pedang petir jarak jauh itu tepat mengenai beberapa ekor jin, menyebabkan mereka meletup dan bersepai lalu mati.. namun jin kingkong berbulu landak tersebut hanya mengalami kecederaan parah dibahagian kepala, lalu melarikan diri.. buat masa ni aku tak nak main kejar-kejar... jadi kubiarkan saja jin kingkong berbulu landak itu lepas untuk seketika... benar lah bagai yang dikata... "air yang tenang, buaya pun tak sangka dia ada kat dalam tu...." :-)

Aku bercadang untuk menghubungi wanita tersebut pada keesokan harinya... dan sudah tentu ada banyak lagi kisah-kisah sensasi rawatan dan pertempuran jarak jauh yang akan aku ceritakan nanti... bukan semua kes jarak jauh aku buat, hanya kes-kes terpilih sahaja... pada aku kes ini begitu menarik... kerana...kerana..kerana... errmmmmmm... sabar ek...

nantikan sambungan nya tak lama lagi...

(Kisah ini diolah semula dalam bentuk yang santai dan menghiburkan, moga-moga pembaca-pembaca yang setia terhibur, dan semoga mereka yang berilmu dapat mengambil manfaat dari kisah ini... wassalam)