Saturday, April 28, 2012

Kursus Intensif Rawatan Islam Di Limbang Sarawak 19hb & 20hb Mei 2012

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, dengan izin dan limpah kurniaNya  

Kursus Rawatan Islam – Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin akan diadakan di Limbang,  Sarawak pada 19hb dan 20hb Mei 2012 (Sabtu dan Ahad).

Kursus Perawat Intensif bermaksud : Kursus untuk “Merawat Diri Sendiri”, “Merawat Ahli Keluarga” dan juga “Merawat Orang Awam (menjadi perawat)”


Sila hubungi segera untuk pendaftaran awal kerana penyertaan adalah terhad:

Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822
Ustaz Ahmad  - 013 8438411

Tajuk : Kursus / Seminar Rawatan Islam (Perawat Intensif – Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim
*Tarikh: 19hb & 20hb Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
* Masa: 7.30 pagi sehingga 5.00 petang
* Tempat: Dewan Serbaguna KEMAS Bahagian LIMBANG, Sarawak
* Yuran Penyertaan: RM 200.00

(Sila Bankin kan RM50 ke akaun CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim sebagai yuran pendahuluan untuk pengesahan kehadiran, kemudian sms kan nama penuh serta maklumat pembayaran - sila simpan slip transaksi perbankan sebagai rujukan nanti. Baki yuran boleh dibayar semasa menghadiri kursus nanti)

Ada orang nak lumpuhkan Ustaz Azrin...???

Semalam, saya terima satu sms, kononnya mencabar saya untuk berlawan ilmu dengan dia... saya tak layan... hari ni dia hantar lagi sms... konon ugut nak lumpuhkan saya, saya call nombor hp dia dekat 30 kali, langsung dia tak jawab... 

Pada pengamatan saya perkara ini adalah rentetan dari komen seorang pembaca blog saya ini dimana beliau dengan sesedap mulut memanggil saya "penipu", dan saya telah "membangangkan" beliau dan mencabar beliau supaya datang bertemu secara berdepan dengan saya. 

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan cabaran saya untuk dia berdepan, maka dia meminta bantuan seorang yang lain untuk menyerang saya dari jauh. Bila saya renung2 dan teropong2, insyaAllah tarikh lahirnya adalah 22/08/89, berdasarkan tarikh lahir yang sebegini, kebiasaannya ia adalah seorang yang banyak memendam dan boleh menjadi dendam, dia juga seorang yang sangat sensitif, pesan saya kepada orang ini, "kalau tak nak orang sakitkan hati kamu, kamu jangan sakiti hati orang, masuk rumah orang jaga adab, jangan main redah je".

Berkenaan dengan orang yang "menerima arahan" untuk menyerang saya ni pula, bila saya teropong2 nampak gayanya dia tinggal tak jauh, di kawasan KL je... kesian saya pada orang ni, nampak gaya macam dia baik, tapi tak berapa nak guna akal, kalau betul la dia kenal hati budi saya, insyaAllah dia takkan buat kerja2 macam ni... Mengaku tinggi ilmu, memiliki pakaian ilmu wali 9, tapi tak dapat nak teropong siapa saya dengan sebenar2nya, maka tinggal lah percakapan dan sms nya dalam nafsu dan mengagak-agak sahaja.. 

Adakah "teropongan" saya ini tepat? Wallahu'aq'lam... Allah lebih mengetahui perkara kebenaran, apa yang penting disini adalah i'tibar disebalik kisah ini, dan saya nak luahkan perasaan saya berdasarkan sms saya dengan hamba Allah yang mengugut saya tu...   

LUAHAN HATIKU...

"Aku pelik betul laa perangai manusia yang mengaku belajar hakikat ni... mengaku keturunan sekian-sekian.. mengaku tok kenali, mat kilau dan tok janggut pun belajar dengan keturunan dia.... Kononnya dia dari keturunan yang mulia...

Ada ke patut dia cabar mencabar nak test ilmu dengan aku... apa ke bangangnya orang macam ni.. dimana letaknya ilmu pengajian engkau..

Engkau banggakan dengan keturunan???
Abu Lahab dengan Rasulullah tu siapa? Kemana kesudahan Abu Lahab...

Aku ni sibuk merawat orang sakit, engkau sibuk nak test2 ilmu, konon ugut nak bagi sampai aku lumpuh??? Aku tak usik bulu hidung engkau pun...

Engkau hantar Sms cabar macam-macam... bila aku call hampir 30 kali kenapa sekali pun engkau tak jawab??? takut ke??

Aku ajak berdepan tak nak... bukan cakap nak berdepan.. aku call pun tak nak jawab... kenapa??? tak berani berhadap cara syariat?? asik nak guna hakikat ma'rifat je?

Hentikan lah cakap pasal rahsia Allah, hentikan lah cakap pasal rahsia insan, hentikan lah cakap pasal tok kenali, mat kilau, tok janggut... hentikanlah cakap pasal ilmu sifat 20, hentikanlah cakap pasal ilmu wali 9... Akhlak engkau pun dah menunjukkan apa sebenarnya pakaian ilmu engkau... kau hanya ikut hawa nafsu je tu...

Aku penat laa nak melayan benda-benda bodoh macam ni... ada banyak lagi pesakit-pesakit yang aku nak tolong rawat...

sudah-sudah laa tu... taubat laa... bawak-bawak laa pakai sifat Muhammad... Kau gunakan ilmu engkau tu untuk tolong orang lagi ada manfaatnya...

Akhir kata... engkau hanyalah "adum" yang bersifat bayang-bayang, Oleh itu, bersifat lah seperti bayang-bayang, jangan pandai2 nak buat kerja yang empunya bayang."

Wednesday, April 25, 2012

Ustaz !!!.... Aku Berguru Dengan Jin !!!...

Pernah satu ketika saya didatangi oleh seorang pemuda yang mengadu beliau sudah tidak tahan dengan gangguan makhluk halus. Badan beliau terasa sungguh berat dan sakit di seluruh sendi-sendi,

Kerap kali beliau merasakan ada sesuatu yang menghimpit semasa beliau tidur sehingga sangat sukar bernafas. Akhir-akhir ini emosinya juga sangat terganggu, ada saja pertengkaran dengan isterinya, anak-anak pun tidak terlepas dari menjadi mangsa amukan panas baran beliau.

"Apa sebenarnya yang berlaku ustaz?", tanya beliau kepada saya.., wajahnya yang kelam dan penuh dengan tanda-tanda bebanan masalah sudah cukup untuk menggambarkan betapa tertekannya pesakit dengan keadaannya sekarang.

Dalam hati saya berkata.."apa yang sebenarnya berlaku???? engkau yang cari pasal, engkau tanya aku pula", sambil memikirkan apakah bahasa yang paling indah yang dapat saya gunakan untuk tarbiah hamba Allah ini.. :-)

"Errmmm... awak ada selalu masuk hutan ke?", saya memulakan "jarum" pertama sebagai soalan cepumas...

"Ehhh!!!! mana ustaz tahu saya selalu masuk hutan??", berubah air mukanya bila saya terjah dengan soalan sebegitu.

"Saya teka je,... Errmmm... Apa yang awak buat selalu masuk hutan?", dalam hati tersenyum kerana jerat sudah mengena.. :-)

Beliau tertunduk sebentar, dengan air muka yang kelihatan serba salah... "Sebenarnya ustaz, saya nak berterus terang, saya selalu masuk hutan kerana saya berguru dengan jin".

"Haaa???? berguru dengan jin??", saya pura-pura terperanjat, padahal tadi sudah saya nampak gambaran hutan, dan juga gambaran segerombolan makhluk yang pelik-pelik..

Beliau terus bercerita, sebenarnya beliau kerap ke hutan pahang untuk berguru dengan beberapa ketua jin di sana, beliau senaraikan beberapa nama jin-jin tersebut, ada dua belas semuanya. Ada beberapa barang pemberian jin-jin tersebut, tasbih, tongkat, cincin, keris, minyak pengasih dan macam-macam lagi.

Beliau bercerita lagi bahawa diantara amalan yang perlu dilakukan ketika dihutan untuk menyeru jin-jin tersebut adalah beliau perlu berzikir "AR-ROJIM" beberapa ribu kali.

Diantara tujuan beliau berguru dengan jin adalah untuk melindungi diri dari musuh, untuk pengasihan, untuk mendapatkan barang-barang pelik dari alam jin, dan pelbagai lagi "kelebihan" yang pada saya tidak ada apa yang "lebih" pun.

Saya memulakan sessi rawatan dengan meminta pesakit tersebut bertaubat kepada Allah s.w.t, dan melakukan ikrar taat setia kepada Allah dan Rasul. Selesai saja saya membaca surah Al Fatihah, saya bacakan ayat untuk membatalkan amalan-amalan salah pesakit, tiba-tiba tubuh badan pesakit bergoncang dengan kuat, dengan izin Allah saya lihat seolah-olah ada begitu ramai makhluk yang berdamping dengan beliau berada di belakangnya.

MasyaAllah, makhluk-makhluk ini sudah bersedia untuk berlawan dengan saya.

"Kalau bertempur, penat ni, ramai betul geng2 dampingan pesakit ni", dalam hati saya merungut sendirian.

Untuk mengelakkan pertempuran yang membazir tenaga, saya memilih untuk berbincang dulu dengan makhluk-makhluk tersebut.

Dengan izin Allah, saya panggil ketua jin tersebut berdepan dengan saya, suasana agak tegang ketika itu, masing-masing bersiap sedia untuk bertempur, bila-bila masa sahaja. Ada diantara mereka yang sudah mula membuka langkah silat untuk menyerang saya.

Namun, dengan nada yang tenang, saya tegaskan kepada ketua jin tersebut, bahawa saya tidak suka menggunakan kekerasan dan kekasaran, dan saya mohon dengan cara baik agar mereka semua memutuskan semua perhubungan dengan pesakit sebagaimana yang telah diminta sendiri oleh pesakit.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, tanpa menggunakan tenaga yang banyak, makhluk-makhluk tersebut bersetuju untuk meninggalkan pesakit dan memutuskan semua perhubungan dengan beliau. Mungkin suasana yang tegang pada awal tadi adalah kerana mereka salah sangka dan merasa terancam dengan kehadiran saya.

Ini baru jin-jin dampingan lapisan pertama, ada dua belas lapisan semuanya.

Tanpa melengahkan masa saya panggil pula jin dampingan pesakit tersebut yang berada di lapisan kedua. Jin dampingan lapisan kedua berjumlah dua ekor sudah muncul, jin kali ini lebih ganas dari jin yang tadi. Dengan tidak semena-mena jin-jin tersebut berdiri lalu mahu menyerang, dengan izin Allah saya halakan tapak tangan kanan ke arah jin tersebut, lalu saya pancarkan "Cahaya Lam Jalalah" melalui tapak tangan saya, terpelanting jin tersebut jatuh kebelakang.
"Padan muko ekau", dalam hati saya mengejek.. :-)

Saya nasihatkan jin tersebut agar lupakan saja hasratnya untuk menentang saya, kerana Allah tidak akan memberi kemenangan kepada golongan yang zalim, tambahan pula saya telah batalkan kekuatan mereka dengan bacaan ayat "pembatal ilmu salah" tadi. Kedua-dua jin tersebut mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah diri dan mengaku kalah. Akhirnya mereka meninggalkan pesakit tersebut.

"Cukuplah dulu pertempuran untuk hari ini", kata saya kepada pesakit. Pesakit tersebut memandang saya, kali ini dengan wajah yang agak ceria dan lebih cerah dari tadi. Pesakit dengan perasaan yang teruja berkata, "ustaz, saya rasa badan saya sangat ringan sekarang, saya sangat tenang, sudah hampir sepuluh tahun saya tak pernah rasa setenang ini", sambil beliau mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak.

"Syukurlah kehadrat Allah, urusan kita dipermudahkan untuk hari ini, awak perlu bertaubat sungguh-sungguh dan tinggalkan semua amalan-amalan khurafat yang tidak mendatangkan faedah tersebut", kata saya sambil merenung-renung dalaman pesakit. Ternyata masih ada lagi saki baki jin-jin dampingan yang lain, tapi semuanya akan di "flush" dengan air rawatan untuk minuman dan mandian pesakit nanti.

"Baiklah ustaz, insyaAllah selepas ini saya nak datang untuk belajar dengan uztaz, saya nak dalami ilmu agama", kata pesakit tersebut sambil mengesat-ngesat air mata yang bercucuran ke pipinya.

Saya hanya mendiamkan diri, dan berdoa moga-moga perubahan positif pesakit ini akan berkekalan dan semoga beliau sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t