Wednesday, May 30, 2012

Kursus Intensif Rawatan Islam (Personal Guide) - 03hb Jun 2012 (Ahad)



Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak, dengan izin dan limpah kurniaNya Kursus Rawatan Islam – Perawat Intensif - Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin akan diadakan di Pusat Rawatan saya di TAMAN CEMPAKA, AMPANG.

Kursus Perawat Intensif bermaksud : Kursus untuk “Merawat Diri Sendiri”, “Merawat Ahli Keluarga” dan juga “Merawat Orang Awam (menjadi perawat)”

Sila hubungi segera untuk pendaftaran awal kerana penyertaan adalah terhad:
Ustaz Azrin Abdul Karim – 013 3239822

Tajuk : Kursus / Seminar Rawatan Islam - PERSONAL GUIDE (Perawat Intensif – Mengatasi Masalah Sihir & Gangguan Jin)

*Fasilitator : Ustaz Azrin Bin Abdul Karim
*Tarikh: 03hb Jun 2012 (Ahad)
* Masa: 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
* Tempat: Pusat Rawatan Ustaz Azrin Taman Cempaka Ampang
* Yuran Penyertaan: RM 280.00

(Sila Bankin kan RM50 ke akaun CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim sebagai yuran pendahuluan untuk pengesahan kehadiran, kemudian sms kan nama penuh serta maklumat pembayaran - sila simpan slip transaksi perbankan sebagai rujukan nanti. Baki yuran boleh dibayar semasa menghadiri kursus nanti)

Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin.

Peserta akan diberi pendedahan tentang amalan-amalan ahli sihir, amalan-amalan khurafat dan juga amalan-amalan yang berselindung disebalik label Islam tetapi tanpa disedari boleh mengundang kehadiran jin yang akhirnya menjadi jin saka yang mengganggu diri, keluarga dan keturunan akan datang.

Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.
DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :
- Teknik merawat paling asas
- Teknik merawat diri sendiri
- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Ibu Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik-teknik serangan keatas jin
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan
- Dan lain-lain lagi 

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri
- Pengijazahan amalan

Thursday, May 24, 2012

Majlis Pengukuhan Rohani Team Perawat Limbang (Misi Ketiga)

Misi saya yang ketiga semasa saya berada di Limbang adalah untuk mengadakan majlis pengukuhan rohani sesama perawat. InsyaAllah inilah yang menjadi teras kekuatan kepada perawat-perawat sekelian. Asas ilmu yang mantap serta jemaah yang kukuh insyaAllah banyak dapat membantu memberi kekuatan diri semasa merawat.

Tidak banyak yang ingin saya ulas di sini, kerana "barangan yang baik tidak memerlukan kata-kata yang indah"... "menetaplah di alam rasa dan bukan hanya dialam kata"... akhir madah senada-kanlah iman, ilmu dan amal serta tetaplah kita seluruhnya didalam Islam..
Amin Ya Wajhal Karim..

 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Kursus Rawatan Islam Ustaz Azrin di Limbang serta gambar2..

Misi utama saya ke Limbang kali ini adalah untuk mengadakan Kursus Rawatan Islam, khususnya berkenaan dengan merawat gangguan jin dan masalah yang berkaitan dengannya. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah Limbang.

Saya bersyukur kerana dengan izinNya, dengan ikhtiar dan kesungguhan peserta-peserta kursus rawatan saya yang pertama di Limbang pada sessi Jun 2010, maka berputiklah Kaedah Rawatan Islam di bumi Limbang.

Kejayaan ini diberkati lagi dengan kehadiran guru saya di Limbang sekitar tahun 2011 untuk memenuhi hajat-hajat mereka yang ingin menjadi ikhwan Thoreqat Ahmadiah Idrissiah. Guru saya Tuan Syeikh Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi dalam programnya membimbing ikhwan-ikhwan di Brunei, kebiasaannya akan singgah juga di tanah Limbang untuk membimbing ikhwan-ikhwan di situ yang kebanyakkan diantara mereka adalah peserta-peserta kursus rawatan saya.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kursus selama sehari setengah ini berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Ahmad, Ustaz Ghani, Cikgu Rapiah dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Kepada pihak penaja yang telah sponsor sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang, jasamu dikenang... Allah saja lah yang dapat membalas kebaikan anda semua... moga2 tercapai segala hajat maksud dan didalam redha serta petunjuk Allah sentiasa hendaknya...

Akhir kata, kursus selama sehari setengah ini tidak tamat disini saja, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita perlu belajar dan terus belajar, dalam yang kita tahu, ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu, ilmu Allah s.w.t terlalu luas, kita harus berlapang dada, selesaikan masalah dengan hikmah dan bijaksana, umpama tarik rambut dalam tepung..

Ambil lah pengajaran dari masalah-masalah pesakit yang datang kepada kita, itu semua adalah teguran dan peringatan Allah terhadap kita (perawat) supaya kita sentiasa bersyukur dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa..

wallahu'aq'lam..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, May 22, 2012

Ceramah Motivasi Ustaz Azrin di SMK Agama Limbang... (Misi Pertama)

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya yang tidak terhingga selesai lah sudah misi saya di Limbang baru-baru ini. Perjalanan ke Limbang dari Kuala Lumpur yang memakan masa hampir satu hari agak memenatkan.

Saya memilih jalan udara untuk ke Limbang, berbanding jalan darat yang kebiasaannya akan mengambil masa yang lebih lama. Sampai di Limbang saya di sambut oleh Ustaz Ahmad, sahabat yang bertanggungjawab membawa sinar kaedah Rawatan Islam ke Limbang.

Sampai di Hotel saya ada lebih kurang 20 minit sahaja untuk bersiap dan perlu bergegas ke Sekolah Menengah Agama Limbang untuk program ceramah Motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut. Melangkah masuk ke kawasan sekolah, terimbas kembali kenangan ketika saya di sekolah berasrama satu masa dulu. Kehidupan di asrama banyak mengajar saya erti berdikari.

Setibanya saya di situ, kelihatan dewan solat sudah dipenuhi dengan murid-murid sekolah yang menanti untuk solat maghrib secara berjemaah. Dalam hati saya, inilah diantara wajah-wajah yang yang mempengaruhi masa depan negara dan akan mewarisi tanggungjawab negara kita satu hari nanti

Kelihatan beberapa orang guru mengarahkan murid-murid yang masih berada di luar agar masuk ke dewan solat. Besar sungguh tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Hati yang teguh, kesabaran yang tinggi pengorbanan yang besar sangat diperlukan dalam kehidupan sebagai seorang guru. Belum lagi diambil kira tentang perasaan-perasaan mereka yang tercalar, sedih dan kecewa asbab dari kedegilan murid-murid…. Namun, atas semangat perjuangan seorang guru yang tidak mengenal erti kalah dalam mendidik dan membentuk anak murid, semua perasaan-perasaan yang tidak enak itu mereka telan dan hancurkan dalam diri dengan niat kerana Allah.

Saya menyampaikan ceramah sejurus selepas selesai solat maghrib. Didalam ceramah tersebut saya cuba sedaya upaya membangkitkan jiwa terbaik yang terpendam dari dalam diri anak-anak tersebut. Kebanyakan anak-anak kita mempunyai sifat2 kreatif, aktif, agresif  serta berani, cuma sifat-sifat tersebut selalunya tersalah arah. Saya sentuh jiwa dan naluri mereka dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa serta guru terhadap mereka. Ramai yang menitiskan airmata kerana tersentuh. 

Moga-moga benih kesedaran yang saya semaikan pada anak-anak sekelian pada ceramah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan melorongkan anak-anak sekelian ke jalan yang diredhai Allah s.w.t seterusnya menjadikan anak-anak sekelian mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Ingat pesan ustaz… “MULAKAN SETIAP HARI ANDA DENGAN NIAT DAN DOA UNTUK MENJADI INSAN YANG TERBAIK”…

Akhir kata, terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk memberi ceramah motivasi kepada warga SMK Agama Limbang, moga-moga kita semua sentiasa didalam rahmat dan petunjuk Allah dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.
Ingat anak-anak... Kita adalah  "Yang Terbaik"..


 
 
 "Siapa yang sayang Ibu??".... "Saayaaaaa!!!!"

Sessi Kesedaran Diri Mengenang Kasih Ibu... Syahdu...


Cenderamata disampaikan oleh Tuan Haji Jafferi Bin Haji Mail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Limbang