Bismillahirrahmanirrahim…
Dah lama saya tak update blog… bila duduk di alam rasa
terlupa pulak alam cerita..
Akhir-akhir ni selalu sangat dapat kes yang rumit-rumit…
asik nak kena “travel”… penat laa…
Ada kes ahli sihir gunakan jin saka pesakit untuk kaburkan
serangan2 dari jin sihir hantaran mereka…
sekali tengok nampak masalah saka… bila tengok sudut lain, masalah sihir
pulak… Ini bukan kes jin berlapis2.. ini permainan ahli sihir, boleh pulak
susun-susun jin saka letak kat depan nak kaburkan pandangan perawat… memang lumrah perawat hanya manusia biasa,
kadangkala perawat perlu bergabung tenaga nak selesaikan satu kes…
Ada pulak kes jin saka menyamar jadi jin sihir… mati-matian
pesakit cakap ini kes sihir, kata orang ni buat, orang tu buat.. sudahnya bila
diperiksa dengan teliti, rupa-rupanya
jin saka…
Yang paling payah nak explain bila masalah mental dan emosional
disangka masalah gangguan makhluk halus.. puas sudah saya check, saya scan… tak
de masalah jin… yang ada masalah gangguan emosi dan cara menguruskannya… tapi pesakit nak jugak percaya bahawa itu
adalah masalah gangguan jin… bila saya cakap takde apa2, pesakit tak puas hati,
bila kita cakap ada gangguan jin baru pesakit boleh terima… wallahu’aq’lam…
Saya ada cara saya sendiri, ada gerak saya sendiri… kalau
tak puas hati makan kat restoran, kita balik masak sendiri lagi puas hati… (ini bahasa kiasan..)
Baru-baru ni sahabat saya mengadu pada saya, ada perawat
yang mengatakan “semua rawatan jarak jauh” tu tidak boleh, kerana “semua rawatan
jarak jauh” itu menggunakan jin… dalam
erti kata lain, perawat tersebut mendakwa “tidak ada rawatan jarak jauh”…
Saya jawab, “perawat tu tak habis belajar lagi”. Rawatan
jarak jauh ada, tapi saya lebih suka merawat cara berdepan, kecuali lah kes2 emergency.
Sekali sekala perawat macam saya perlu rehat, perlu ada masa
untuk diri sendiri… Jadi.. semalam saya
masuk hutan.. nak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan… nak jauh dari
kesibukan “energy2” bandar
Mungkin ada yang pelik… apa laaa yang ustaz cari kat hutan rimba
tu..
Hutan rimba ni ada “energy” nya tersendiri.. ada terapi nya
tersendiri… bunyi2 unggas di rimba… pergghhh… memang membuat hati tenang… pokok-pokok… binatang-binatang… air sungai
yang mengalir… desiran angin hutan.. Cuma… aktiviti sebegini perlukan sedikit
stamina…
Ada orang tanya, “ustaz, bukan ke hutan rimba ni tempat
jin..?”.
Kat mana2 pun ada jin.. masuk hutan ni ikut niat masing-masing
laa… kalau niat nak jumpa jin, insyaAllah itu lah yang kita dapat…
Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni… cantik kan…