Wednesday, June 20, 2012

Bila Dah Bosan Dengan Jin...

Bismillahirrahmanirrahim…

Dah lama saya tak update blog… bila duduk di alam rasa terlupa pulak alam cerita.. 

Akhir-akhir ni selalu sangat dapat kes yang rumit-rumit… asik nak kena “travel”… penat laa…

Ada kes ahli sihir gunakan jin saka pesakit untuk kaburkan serangan2 dari jin sihir hantaran mereka…  sekali tengok nampak masalah saka… bila tengok sudut lain, masalah sihir pulak… Ini bukan kes jin berlapis2.. ini permainan ahli sihir, boleh pulak susun-susun jin saka letak kat depan nak kaburkan pandangan perawat…  memang lumrah perawat hanya manusia biasa, kadangkala perawat perlu bergabung tenaga nak selesaikan satu kes… 

Ada pulak kes jin saka menyamar jadi jin sihir… mati-matian pesakit cakap ini kes sihir, kata orang ni buat, orang tu buat.. sudahnya bila diperiksa dengan teliti, rupa-rupanya  jin saka…

Yang paling payah nak explain bila masalah mental dan emosional disangka masalah gangguan makhluk halus.. puas sudah saya check, saya scan… tak de masalah jin… yang ada masalah gangguan emosi dan cara menguruskannya…  tapi pesakit nak jugak percaya bahawa itu adalah masalah gangguan jin… bila saya cakap takde apa2, pesakit tak puas hati, bila kita cakap ada gangguan jin baru pesakit boleh terima… wallahu’aq’lam…

Saya ada cara saya sendiri, ada gerak saya sendiri… kalau tak puas hati makan kat restoran, kita balik masak sendiri lagi puas hati…  (ini bahasa kiasan..)

Baru-baru ni sahabat saya mengadu pada saya, ada perawat yang mengatakan “semua rawatan jarak jauh” tu tidak boleh, kerana “semua rawatan jarak jauh” itu menggunakan jin…  dalam erti kata lain, perawat tersebut mendakwa “tidak ada rawatan jarak jauh”…

Saya jawab, “perawat tu tak habis belajar lagi”. Rawatan jarak jauh ada, tapi saya lebih suka merawat cara berdepan, kecuali lah kes2  emergency.

Sekali sekala perawat macam saya perlu rehat, perlu ada masa untuk diri sendiri… Jadi..  semalam saya masuk hutan.. nak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan… nak jauh dari kesibukan “energy2” bandar 

Mungkin ada yang pelik… apa laaa yang ustaz cari kat hutan rimba tu..

Hutan rimba ni ada “energy” nya tersendiri.. ada terapi nya tersendiri… bunyi2 unggas di rimba… pergghhh…  memang membuat hati tenang…  pokok-pokok… binatang-binatang… air sungai yang mengalir… desiran angin hutan.. Cuma… aktiviti sebegini perlukan sedikit stamina… 

Ada orang tanya, “ustaz, bukan ke hutan rimba ni tempat jin..?”. 

Kat mana2 pun ada jin.. masuk hutan ni ikut niat masing-masing laa… kalau niat nak jumpa jin, insyaAllah itu lah yang kita dapat… 

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni… cantik kan…