Monday, July 30, 2012

Selangkah Ke Alam Ghaib - Bertempur Dengan Jin Hutan..

Malam itu hujan renyai-renyai.. ku hirup dan ku nikmati kopi panas yang telah kubancuh sendiri di bawah atap kain kanvas.. Jam kini menunjukkan hampir detik 12 tengah malam... Kurasakan malam ini berlainan sekali...  Banyak sungguh imbasan-imbasan makhluk dari alam ghaib hadir di pandangan mata batinku... Apa yang mereka mahu?? Aku pun tidak tahu... Yang pasti aku dan sahabat-sahabatku tidak melakukan perkara-perkara diluar batasan di dalam hutan simpan yang begini tebal...

Sebenarnya kami telah tersesat  di dalam hutan... Petang tadi kami bercadang untuk berkhemah di "Sungai Tiga", sebelum kami bergerak ke puncak gunung awal-awal pagi esok... Malangnya... disebabkan kelalaian kami memerhatikan tanda jalan, kami telah tersesat... Tambah merumitkan keadaan kerana kami tidak membawa kompas..

Tadinya, hanya dengan berpandukan niat untuk mencari anak sungai, kami berjalan dan terus berjalan menyusur belukar dan denai yang telah di rentas oleh pengunjung-pengunjung hutan sebelum ini... Setelah hampir dua jam berjalan, kami terdengar sayup-sayup bunyi air terjun yang menandakan anak sungai tidak jauh dari situ. Kami berlari-lari anak menuju ke arah bunyi air terjun tersebut. Yang hairannya setelah beberapa ketika, bunyi air terjun tersebut hilang begitu saja. Kami terpinga-pinga kehairanan. Masakan bunyi air terjun yang begitu kuat tadi boleh hilang dengan tiba-tiba.

Aku berjalan di hadapan, mengepalai ekspedisi mendaki gunung yang telah kami rancang hampir sebulan yang lalu... Entah mengapa laluan kami kali ini agak aneh, acapkali aku terlanggar sarang labah-labah yang merentang denai yang kami lalui.. Terdetik di hati ini... sarang labah-labah ini menunjukkan denai ini sudah lama tidak di gunakan orang... Namun mulutku seperti terkunci...

Selalunya aku masuk ke hutan hanya berbekalkan hati yang ikhlas untuk beriadah, tidak pernah terlintas untuk aku mencabar penghuni-penghuni hutan yang tidak aku tahu hujung kekuatan mereka... Malahan "senjata-senjata" dan "pakaian-pakaian perawat"ku juga telah aku tutup dengan bacaan surah yaasiin ayat 9, dengan harapan moga-moga penghuni-penghuni hutan tidak memandang aku sebagai ancaman.

Mungkin aku terlalu mengambil remeh soal petua dan langkah untuk masuk ke hutan, namun itulah aku... hanya berbekalkan kalimah Bismillah dan tawakkal kepada Allah s.w.t, hutan manapun jika yakin insyaAllah aku akan redah...

Hari semakin gelap, masing-masing sudah memasang lampu suluh kerana lorong-lorong denai sudah mula samar dan tidak kelihatan.. "Energy" hutan dalam keadaan gelap sebegitu memang menggerunkan... Entahkan binatang buas, entahkan binatang berbisa... entahkan "penghuni hutan" yang mengerikan... semua itu bermain di fikiran kami...

Tiba-tiba, sekali lagi kami mendengar bunyi air terjun... kami kegembiraan, membayangkan tempat perhentian semakin hampir, dan kami akan berkhemah di situ... Kami bergegas mempercepatkan langkah... namun beberapa minit selepas itu bunyi air terjun tersebut hilang tiba-tiba...

"MasyaAllah.. aku sudah dipermainkan "penghuni hutan" nampaknya", bisikku didalam hati.. Kami semua terdiam dan tergambar perasaan cuak dan risau di wajah masing-masing...

"Kita teruskan perjalanan mencari sungai.. dengarkan lagi bunyi air terjun dan kita akan menuju ke situ", aku bersuara memecah keheningan malam...

Setelah meneruskan perjalanan beberapa ketika, kami terdengar lagi bunyi air terjun... kemudian hilang.. kemudian terdengar lagi.. kemudian hilang... pelik sungguh keadaan ini... sehinggalah kami sampai di satu tanah tinggi yang di kelilingi oleh pokok-pokok hutan tua. Bunyi air terjun yang sangat kuat.. tetapi air terjunnya... tiada...

Barulah kami tahu, rupa-rupanya bunyi air terjun yang sangat kuat itu tadi sebenarnya adalah bunyi angin gunung yang merempuh pokok-pokok hutan, bunyinya sangat hebat dan menggerunkan sehingga kita akan menyangka bahawa pokok-pokok itu semua akan tumbang...

Menyedari telah "tertipu", kami membuat keputusan untuk memasang khemah di situ, dan akan menyusur berpatah balik pada keesokan harinya.

Dari tadi aku perhatikan Bakri, pemuda lepasan universiti yang baru pertama kali mengikuti program outdoor yang aku anjurkan, dia yang beriya-iya meminta kebenaran aku untuk turut serta. Entah mengapa mukanya agak pucat yang luarbiasa. Dia seperti benar-benar dalam ketakutan...

Memandangkan Bakri masih belum tidur, aku mempelawanya untuk duduk minum kopi bersama-sama denganku... Anehnya Bakri hanya diam sambil merenung wajahku dengan renungan yang agak menakutkan...

"Bakri... Bakri... kenapa ni?" tanya aku kepada Bakri..

Tiba-tiba Bakri bersuara dengan suara yang garau dan kasar, "Aku nak kau pergi dari sini, ini bukan tempat engkau... Aku akan panggil kawan-kawan aku yang lain untuk bunuh engkau dan kawan-kawan engkau".

"ooohhh!!! "penghuni hutan" rupanya", tahulah aku, bahawa yang dihadapan aku sekarang ini bukan lah Bakri, tetapi jin hutan yang menghuni di sini.

"Budak ni dah bunuh ahli keluarga kami, Kami mahukan pembalasan, nyawa harus diganti dengan nyawa!!!", ugut jin hutan itu lagi...

Aku hairan mengapa sampai boleh jadi begini, sedangkan sebelum-sebelum ini sudah berkali-kali aku masuk hutan, namun "penghuni-penghuni"nya tidak pernah mengganggu. Kenapa pulak jin tu kata Bakri dah bunuh keluarga mereka???...

"Apa salah kami? kami tersesat, kami hanya ingin bermalam di sini semalaman sahaja, esok pagi kami akan pergi", aku membalas kata-kata jin hutan tersebut.

Bakri yang tadinya duduk, tiba-tiba bangun dan cuba untuk menerkam ku... sepantas kilat ku halakan pancaran lam jalalah dari tapak tanganku ke arah Bakri, lantas dia terkaku tidak bergerak.

Ku kumpulkan energy "tanafas" di pusat dan terus ku rejam dengan kekuatan arus "nufus" ku ke arah Bakri... Bakri tercampak ke arah khemah, roboh khemah yang telah kami dirikan tadi. Kelam kabut sahabat-sahabat yang sedang tidur di khemah tersebut bangun sambil terpinga-pinga.

Kelihatan Bakri tidak sedarkan diri, tanpa membuang masa aku tawarkan air dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan ku sapukan ke wajah Bakri... Perlahan-lahan Bakri membuka mata sambil mengucapkan istighfar... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, Bakri telah sedar...

Aku tidak berpuas hati, ku pejamkan mata ku menelusuri ke dalam tubuh rohani Bakri, kulihat ada gambaran seorang tua bertongkat berpakaian hitam seperti pahlawan. Baru lah aku tahu, rupa-rupanya Bakri ada masalah gangguan saka. Jin Saka Bakri telah membunuh salah seorang ahli keluarga jin hutan tersebut, kononnya kerana ingin mempertahankan Bakri dari serangan-serangan jin hutan sepanjang perjalanan petang tadi.

Dengan izin Allah s.w.t aku pasungkan jin saka Bakri dan ku serahkan kepada jin-jin hutan tersebut untuk pengadilan. Dengan izin dan limpah kurnia Allah s.w.t juga aku beri amaran kepada jin-jin hutan di kawasan tersebut agar tidak menganggu kami pada malam itu..

Alhamdulillah, kami tidur lena hingga ke pagi... Walaupun kedengaran bunyi bising binatang buas berdekatan dengan khemah... Hanya tawakkal kepada Allah menjadi bekalan kami...

Bila hari telah cerah, kami akan menyusur kembali berpatah balik untuk mencari jalan sebenar... moga-moga kami bertemu anak sungai sebagai tanda jalan untuk turun semula ke kaki gunung...

Kisah ini mungkin bersambung.. mungkin tidak  :-) tengok mood laa... :-)

Wednesday, July 25, 2012

Mendaki Gunung Kinabalu - Program Outdoor Ustaz Azrin..

Bismillahirrahmanirrahim, Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya masih ada lagi sisa-sisa umur yang berbaki untuk kita mengecapi nikmat bertemu dan beramal di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada para pembaca sekelian selamat mengerjakan ibadah puasa, moga2 segala amal ibadah kita pada bulan yang diberkati ini diterima Allah s.w.t.. Amin Ya Wajhal Karim..

Kali ni saya nak cerita panjang sikit... 

Baru-baru ini sekali lagi saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah.. destinasi awal saya adalah Daerah Ranau. Di lapangan terbang Kota Kinabalu, saya disambut oleh En Jupirin, sahabat yang sangat banyak membantu saya ketika di Sabah.

Program yang pertama pada malam tersebut adalah Kursus Intensif Rawatan Islam, program yang sangat padat tetapi "straight to the point". Slot "simulasi rawatan" juga pada saya sangat berjaya, kerana pelajar yang dipilih menjadi "model pesakit" benar2 mengalami masalah gangguan, oleh itu, boleh dikatakan kebanyakan teknik-teknik rawatan yang dikongsikan pada malam itu dapat dizahirkan dihadapan peserta-peserta. Kursus tersebut berakhir hampir jam 12 tengah malam.

Keesokan harinya, seawal jam 6 pagi saya telah bersiap sedia, untuk ke Kinabalu Park, ini adalah sesuatu yang telah saya impikan untuk sekian lama, iaitu mendaki Gunung Kinabalu. Sesampainya saya di kaki Gunung Kinabalu, hujan renyai-renyai. En Jupirin dan saya saling berpandangan, memikirkan tentang kesukaran yang akan saya lalui semasa mendaki nanti. Setelah minum pagi di Restoran yang berdekatan, kami terus ke Pejabat Kinabalu Park untuk proses pendaftaran..

Bersama En Jupirin

Di Pejabat Pendaftaran
Alhamdulillah... sampai di pejabat pendaftaran di Kinabalu Park, hujan telah berhenti. Di sana saya bertemu dengan sahabat saya En Ariff dan juga guide kami "Din Gunung" (itu gelaran yang kami beri untuk beliau). Di kaunter pendaftaran kami diberi tag pengenalan masing-masing. Kami juga dibekalkan dengan pack makanan. Nak tahu, apa makanan yang dibekalkan untuk kami???


Hahahaha... menarik tak??? Ini lah makanan yang dibekalkan kepada kami untuk kami makan sepanjang pendakian ke Laban Rata (pendakian fasa pertama) nanti.. Cukup ni, insyaAllah... kalau tak cukup "pow" laa makanan kawan-kawan nanti... hahahaha....

Untuk makluman pembaca sekelian, nak daki Gunung Kinabalu ni kena ada permit, tak de permit tak boleh masuk... Dibawah ni adalah tag pengenalan atau pass masuk kami...

Dari Kinabalu Park, kami menaiki van khas untuk ke Timpohon Gate, yakni pintu masuk pertama untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hanya mereka yang ada pass pendaki sahaja yang boleh melepasi gate ini. Ianya dikawal rapi oleh pegawal renjer. Kelihatan ramai juga pendaki-pendaki dari luar negara, semuanya dengan gaya yang tersendiri.

Ketika ini hujan kembali turun dengan agak lebat. Dalam hati masing-masing mengharapkan agar cuaca hari ini menyebelahi kami..
Timpohon Gate - Starting Point pendakian
So... bermula lah pendakian kami didalam hujan... pendakian yang pada awalnya penuh santai dan ceria..

Anda pernah mendaki gunung? Bagi yang biasa mendaki, mungkin mereka menganggap bahawa trek Gunung Kinabalu ini adalah diantara trek yang mudah... Namun... takdir penentu segala... hahaha...

Di sepanjang perjalanan mendaki, setiap satu kilometer ada disediakan tempat rehat dan tandas, bagi sesiapa yang nak top up air pun boleh, ada air yang "tidak dirawat" boleh diambil disini. Tapi saya tak ambil pun... air botol 500ml cukup sehingga ke destinasi pendakian fasa pertama iaitu di "Laban Rata".
 
Ulasan Kaji Cuaca oleh pendaki Gunung Kinabalu... hahahaha... 

Oleh kerana hujan semakin lebat, langkah pendakian kami semakin perlahan. Ditambah pula dengan angin ribut. Keadaan ini sudah saya jangkakan, kerana sebelum ini sahabat saya di Ranau ada mengingatkan saya tentang cuaca yang tidak menentu, sudah berhari-hari hujan turun dengan begitu lebat. Tidak banyak gambar yang dapat kami ambil pada hari pendakian ini, kerana hujan.

Perkara penting yang boleh dijadikan tips di sini adalah;  pada pandangan saya seelok2nya ketika hujan sebegini gunakan kasut "adidas kampung" (adidas kampung - tu nama glamour, ianya adalah kasut getah warna hitam, boleh beli kat kedai hardware), kasut ni tapaknya mencengkam dengan kuat, insyaAllah susah nak tergelincir, tambahan pula kasut ini senang kering. Kalau pakai kasut biasa, confirm basah punya. Esok pagi-pagi nak naik puncak pakai kasut basah memang sengal laa...

So.. Kalau saya laa, next time kalau pergi lagi saya akan pakai kasut hiking, dan spare-kan kasut "adidas kampung" sepasang..

Kemudian, kalau boleh laa, kena cari sarung tangan yang kalis air.. Di KL, puas saya cari, tak jumpa.. tapi ada jugak saya tengok diorang pakai sarung tangan "scuba"..

Bayangkan meredah hujan selama hampir tujuh jam, tangan saya terasa membeku.. nak genggam tangan pun tak boleh.. ini betul-betul... ini bukan cobaan!!!!
 
Ini adalah diantara video kami meredah hujan dan angin kencang dalam pendakian di Gunung Kinabalu
Setelah meredah hujan dan ribut selama hampir tujuh jam.. tujuh jam.. tujuh jam... saya ulang sekali lagi.. TUJUH JAM !!!... hahahaha... kalau ada yang tak faham lagi tak tahu laaa... akhirnya saya sampai di Laban Rata RestHouse.. Kalau dalam cuaca biasa, saya rasa pendakian hanya mengambil masa dalam empat jam sahaja..

Sesampai di RestHouse saya melapurkan diri di kaunter pendaftaran, saya diberi kunci bilik dan saya dimaklumkan bahawa saya terpaksa berkongsi dengan enam orang dalam satu bilik... perghhhh... camana ni... takde privacy... tak pe laa... semangat "rambo" punya pasal enam orang pun enam orang lah.. saya dah letih ni..

Tanpa melengahkan masa dan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh pendaki-pendaki dari luar negara, saya terus menuju ke bilik. Apabila saya buka saja kunci pintu bilik, kelihatan ada tiga orang pendaki dari luar negara yang tercengang-cengang melihat saya. Mereka juga tidak menjangkakan bahawa bilik ini di kongsi oleh kumpulan selain dari kumpulan mereka..

Nak tengok macamana bilik tersebut??? 
Saya terpaksa menyalin pakaian didalam tandas kerana keadaan bilik yang sempit, tambahan pula pakaian saya yang basah. Air paip nya terlalu sejuk macam ais... tangan boleh beku jika terlalu lama dikenakan pada air tersebut...

Ketika ini saya merasakan sedikit pening kepala, dalam fikiran saya, mungkin kena hujan tadi agaknya... tak pe lah.. saya pun makan panadol actifast 2 biji, selubung dengan selimut terus tidur...

Jam 6 petang saya dikejutkan oleh sahabat saya En Ariff untuk makan malam, ketika ini saya sudah merasakan sedikit kelainan, pening kepala sejak dari tadi tidak hilang, walaupun dah dua biji panadol actifast saya telan sebelum tidur tadi.... "mungkin perut kosong kut", kata saya dalam hati.

Dengan tidak melengahkan masa lagi, saya turun ke bawah untuk makan. Macam-macam ada... Nasi, mee, kambing, lembu, ayam, roti, sup panas... saya pun apa lagi belasah laa... makan punya makan punya makan sampai kenyang. Kemudian saya kembali ke bilik untuk sambung tidur, kepala masih sakit lagi... dan satu perkara yang menghairankan saya mengapa saya sendawa anginnya terlalu kuat seperti baru lepas minum air coca cola... ermmm.. pelik ni.. macam ada yang tak kena jer... 

Saya tersedar lebih kurang jam 8 malam, semuanya gelap, diluar pun semua gelap, rupa2nya semua orang dah tidur... kedengaran angin ribut yang sangat kuat di luar resthouse... saya bangun untuk mengerjakan solat.. sambil membalas sms-sms yang tidak saya jawab dari tadi... ketika ini saya rasa pening dan mual-mual, terasa seperti hendak muntah tetapi tidak muntah... Inilah penyakit gunung... Ianya menyerang sesetengah orang di altitude yang tinggi yang mana oksigen semakin nipis... ianya juga dikenali sebagai "ACUTE MOUNTAIN SICKNESS"... nak tahu apa benda ni, boleh search kat internet, ada banyak info pasal penyakit "AMS" ni...

Saya dah rasa macam tak mampu sangat ketika itu... sms masih bertalu-talu saya terima... saya silent kan phone, jawab lebih kurang dan terus tertidur... faham tak... tak mampu dah.. letih sangat.. tujuh jam perjalanan tau.. orang sakit ni... bukan sengaja.. hahahaha.. (macam melepaskan perasaan jer!!!)

Saya bangun lebih kurang jam 2 pagi, bersiap-siap untuk makan dan menyambung pendakian ke puncak. Ketika ini sakit kepala makin bertambah, selera makan tiada, terasa mual yang amat sangat, namun tidak muntah, kerana saya bukan lah jenis yang senang nak muntah... dah berpuluh tahun saya tak muntah...

Angin diluar begitu kuat dan terlalu sejuk... setelah berbincang dengan guide, kami memulakan pendakian menuju ke puncak, merentasi anak-anak tangga yang begitu curam. Berbekalkan headlamp yang menyuluh kegelapan pagi, kami mendaki perlahan-lahan. Terasa begitu sukar pendakian kali ini, baru beberapa tapak mendaki kami sudah termengah-mengah... udara yang nipis membuatkan kami cepat penat, tambahan pula pendakian yang penuh cabaran siang tadi, begitu banyak menghabiskan tenaga kami..

Tak sampai satu jam kami mendaki, tiba-tiba sahabat saya mengalami masalah pernafasan, setelah mencuba beberapa kali, masalah masih sama.. akhirnya sahabat saya membuat keputusan untuk patah balik ke resthouse di Laban Rata. Saya meneruskan pendakian, kelihatan ada beberapa pendaki dari negara lain juga turun semula, patah balik ke resthouse, mungkin mereka juga ada masalah yang sama... 

Ketika itu saya merasakan bahawa diri ini juga semakin lemah, saya seperti terhuyung hayang, terasa begitu mual sekali, kepala sakit, mendaki beberapa tapak penatnya tidak terkira. Setelah berbincang dengan guide, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini maka saya membuat keputusan untuk patah balik ke resthouse... kali ini saya tewas dengan kuasa alam... takdir penentu segala...

Sesampai sahaja saya di resthouse, tiba-tiba tanpa tertahan-tahan lagi saya muntah.. bayangkan sudah berpuluh-puluh tahun saya tidak muntah.. hari ini benar-benar dalam sejarah... sesudah itu tanpa membuang masa saya terus selubungkan diri dengan selimut tebal dan tidur sehingga pagi.. Tertangguhlah pendakian saya ke puncak kinabalu untuk kali ini..

Permit mendaki adalah selama dua hari sahaja, sehari naik dan sehari turun... jadi saya tidak ada banyak pilihan terpaksa lah saya turun pada keesokan harinya...

Rupa-rupanya saya dapat tahu, separuh dari pendaki gunung semalam tidak menyambung pendakian ke puncak kerana terlalu letih, separuh lagi yang naik ke puncak turun semula di pertengahan pendakian kerana tidak mampu meneruskannya. Jadi...  yang sampai hanya tiga puluh...tiga puluh... (macam lagu m nasir laa pulak).. yang sampai ke puncak hanya lebih kurang beberapa puluh orang sahaja dari beratus orang yang mendaki semalam...  

Inilah Resthouse di Laban Rata.. waktu ni cuaca cerah.. tapi sejuk yang teramat.. ambil gambar sebelum turun..

Cuaca pagi itu cerah, angin gunung yang bertiup kencang, sangat sejuk... setelah berkemas, kami turun dari gunung jam 10.30 pagi. Oleh kerana cuaca yang cerah, maka berpeluanglah kami untuk mengambil banyak gambar-gambar keindahan pemandangan alam semulajadi. Perjalanan TURUN ke kaki gunung hanya mengambil masa dalam DUA JAM SETENGAH sahaja berbanding tujuh jam pendakian pada hari sebelumnya.

Sampai di bawah kami diberi sijil pendakian, kerana berjaya sampai di ketinggian 3554.40 meter dari aras laut.

InsyaAllah saya akan kembali lagi ke sini untuk menyambung niat saya yang tertangguh untuk sampai ke puncak Kinabalu... Bila?? mungkin bulan September ni, mungkin awal tahun depan... ada sesiapa nak ikut? Sila hubungi saya... :-)

Gambar-gambar ni diambil sewaktu turun dari puncak gunung...
 
 
 

Tuesday, July 17, 2012

Program Masuk Hutan - Ustaz Azrin...


Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah wa Syukrulillah, dengan limpah Rahmat dan KurniaNya saya masih lagi diberi qudrat dan iradat untuk berkongsi kisah-kisah kehidupan seorang perawat di laman ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang setia menunggu dan bertanyakan kisah-kisah saya yang terbaru, terutamanya kisah-kisah rawatan.

Tugas perawat ini adalah satu amanah dari Allah s.w.t, saya sebagai seorang manusia biasa tidak terlepas dari perasaan tertekan dan penat dalam menjalankan tugas. Deringan telefon yang bertalu-talu tanpa mengira masa, sms-sms yang menderu-deru mengajar saya erti sabar dalam memikul amanah Allah ini.

Jadi, saya memikirkan bahawa saya memerlukan sedikit ruang untuk masa peribadi saya, masa untuk saya memperhalusi nikmat-nikmat Allah yang sentiasa mengalir pada setiap saat kehidupan... nikmat bernafas.. nikmat tenang... nikmat melihat... nikmat mendengar... nikmat kecantikan alam semesta... nikmat keindahan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t..

Apakah selama ini kita tidak bersyukur...? Ya... kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah... setiap kali selepas kita sendawa kekenyangan kita akan ucapkan Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... menandakan bahawa secara lisannya kita mensyukuri nikmat Allah..

Tetapi adakah syukur itu setakat terhenti di lidah sahaja? Adakah kita menjiwai syukur kita tadi? adakah kita merenung dan memikirkan betapa banyaknya nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sejak kita di alam roh, alam benih, alam janin sehinggalah kita lahir ke muka bumi dan sehinggalah sekarang ini kita masih dapat melihat, berkata-kata, mendengar, dapat makan dan minum dan macam-macam lagi..

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (An-Nahl : 18)

Mari sahabat sekelian.. mari saya ajak anda semua menghayati nikmat-nikmat Allah di sekeliling kita... lapangkan dada... tenangkan fikiran... tarik nafas dalam-dalam... rasakan betapa nikmatnya nafas yang kita hirup tersebut... tarik lagi nafas sehingga anda tidak mampu menariknya lagi... kemudian lepaskan nafas tersebut perlahan-lahan... rasakan pula nikmat ketika anda melepaskan nafas tersebut...  rasakan kasih sayang Allah semasa anda menarik dan melepaskan nafas tersebut... rasakan nikmat tersebut sehingga hati anda tersentuh...

Kita selalu memikirkan dan merungut perkara yang tiada dalam hidup kita.. mungkin tiada duit, tiada harta, tiada kemewahan, tidak sihat, tiada masa, tiada pasangan, tiada kereta besar, tiada pangkat... tiada..tiada..tiada... walhal betapa banyaknya nikmat-nikmat Allah yang masih bersama kita yang kita sendiri pun tidak mampu untuk menghitungnya...

Rentetan dari penghayatan syukur dan memperhalusi nikmat-nikmat Allah s.w.t itu, saya digerakkan Allah untuk menjiwai dan berbicara dengan keindahan-keindahan alam semesta di Hutan Berkelah, Pahang baru-baru ini. Perjalanan santai dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang dua hingga ke tiga jam.

Dengan berpandukan gerak hati dan tawakkal kepada Allah, akhirnya saya dan sahabat saya sampai di kawasan pinggir hutan tersebut...

Alamak.. ada masalah??? tidak... ini adalah cabaran..cabaran..cabaran... gunakan bahasa anda dengan betul kerana kata-kata dan bahasa ada "energy"nya yang tersendiri...

Kelihatan jambatan untuk masuk kedalam kawasan Hutan Berkelah telah runtuh, nak jalan kaki ke dalam jauh... ermmm.. setelah kami memohon petunjuk Allah dan kami amat-amati kawasan sekeliling, maka dibuka kan lah hijab kepada kami satu laluan yang memungkinkan kami untuk masuk ke kawasan tersebut dengan kenderaan..

Biar lah gambar-gambar di bawah ini menyambung bicara saya...
Jambatan ke pintu masuk runtuh
Inilah yang dinamakan cabaran camel throphy... ehhh bukan..bukan.. cabaran kancil trophy..



Farmin, sahabat seperjuangan...

Tamat lah al kisah pengembaraan saya di Hutan Berkelah, Pahang... Kini saya sedang mempersiapkan diri untuk ke Kota Kinabalu, Sabah... Ada beberapa program yang akan berlangsung disana.. diantaranya adalah Kursus Intensif Rawatan Islam, Kursus Personal Guide memantapkan tenaga dalaman... Dan beberapa program rahsia saya... insyaAllah saya akan kongsikan bersama pembaca sekelian sekembalinya saya dari sabah nanti...

Sesiapa yang ingin tahu berkenaan dengan maklumat kursus sepanjang saya di Sabah, sila sms saya.

"UNTUK MAKLUMAN... PUSAT RAWATAN SAYA DI TAMAN CEMPAKA, AMPANG, AKAN BEROPERASI SEMULA  SELEPAS 4 RAMADHAN (24 JULAI 2012). UNTUK SEBARANG TEMUJANJI, SILA HUBUNGI SAYA SELEPAS TARIKH TERSEBUT."

Wassalam...

Monday, July 16, 2012

Majlis (Zikir) Haul Almarhum Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi - 12 Julai 2012

Bismillahirrahmanirrahim... Segala Puji Bagi Allah s.w.t dengan puji-pujian yang tidak terhingga dan tidak terjangkau oleh, nafsu, akal, cahaya dan rahsia, dengan puji-pujian yang sempurna lagi tidak serupa dengan sesuatu.

Selawat dan Salam keatas Baginda Rasulullah s.a.w dengan bilangan yang berganda-ganda serta tiada batasan. Moga2 Allah s.w.t himpunkan diantara kami dan Baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana Allah s.w.t menghimpunkan roh dan jasad, zahir dan batin samada ketika sedar ataupun tidur...
Amin Ya Wajhal Karim...

Kiranya tidak terlewat saya berkongsi dengan para pembaca sekelian gambar-gambar majlis Haul Almarhum Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi yang diadakan pada 12 Julai 2012, khamis malam jumaat yang lalu, di Pondok Rasah, Negeri Sembilan.

Majlis Haul ini dipimpin oleh Mursyid kami yang kami kasihi, Pembimbing rohani kami, Tuan Guru Syeikh Mohd Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi.
 
 
 
Mursyid Yang Di Kasihi, Tuan Guru Syeikh Mohd Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi