Wednesday, July 25, 2012

Mendaki Gunung Kinabalu - Program Outdoor Ustaz Azrin..

Bismillahirrahmanirrahim, Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya masih ada lagi sisa-sisa umur yang berbaki untuk kita mengecapi nikmat bertemu dan beramal di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada para pembaca sekelian selamat mengerjakan ibadah puasa, moga2 segala amal ibadah kita pada bulan yang diberkati ini diterima Allah s.w.t.. Amin Ya Wajhal Karim..

Kali ni saya nak cerita panjang sikit... 

Baru-baru ini sekali lagi saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah.. destinasi awal saya adalah Daerah Ranau. Di lapangan terbang Kota Kinabalu, saya disambut oleh En Jupirin, sahabat yang sangat banyak membantu saya ketika di Sabah.

Program yang pertama pada malam tersebut adalah Kursus Intensif Rawatan Islam, program yang sangat padat tetapi "straight to the point". Slot "simulasi rawatan" juga pada saya sangat berjaya, kerana pelajar yang dipilih menjadi "model pesakit" benar2 mengalami masalah gangguan, oleh itu, boleh dikatakan kebanyakan teknik-teknik rawatan yang dikongsikan pada malam itu dapat dizahirkan dihadapan peserta-peserta. Kursus tersebut berakhir hampir jam 12 tengah malam.

Keesokan harinya, seawal jam 6 pagi saya telah bersiap sedia, untuk ke Kinabalu Park, ini adalah sesuatu yang telah saya impikan untuk sekian lama, iaitu mendaki Gunung Kinabalu. Sesampainya saya di kaki Gunung Kinabalu, hujan renyai-renyai. En Jupirin dan saya saling berpandangan, memikirkan tentang kesukaran yang akan saya lalui semasa mendaki nanti. Setelah minum pagi di Restoran yang berdekatan, kami terus ke Pejabat Kinabalu Park untuk proses pendaftaran..

Bersama En Jupirin

Di Pejabat Pendaftaran
Alhamdulillah... sampai di pejabat pendaftaran di Kinabalu Park, hujan telah berhenti. Di sana saya bertemu dengan sahabat saya En Ariff dan juga guide kami "Din Gunung" (itu gelaran yang kami beri untuk beliau). Di kaunter pendaftaran kami diberi tag pengenalan masing-masing. Kami juga dibekalkan dengan pack makanan. Nak tahu, apa makanan yang dibekalkan untuk kami???


Hahahaha... menarik tak??? Ini lah makanan yang dibekalkan kepada kami untuk kami makan sepanjang pendakian ke Laban Rata (pendakian fasa pertama) nanti.. Cukup ni, insyaAllah... kalau tak cukup "pow" laa makanan kawan-kawan nanti... hahahaha....

Untuk makluman pembaca sekelian, nak daki Gunung Kinabalu ni kena ada permit, tak de permit tak boleh masuk... Dibawah ni adalah tag pengenalan atau pass masuk kami...

Dari Kinabalu Park, kami menaiki van khas untuk ke Timpohon Gate, yakni pintu masuk pertama untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hanya mereka yang ada pass pendaki sahaja yang boleh melepasi gate ini. Ianya dikawal rapi oleh pegawal renjer. Kelihatan ramai juga pendaki-pendaki dari luar negara, semuanya dengan gaya yang tersendiri.

Ketika ini hujan kembali turun dengan agak lebat. Dalam hati masing-masing mengharapkan agar cuaca hari ini menyebelahi kami..
Timpohon Gate - Starting Point pendakian
So... bermula lah pendakian kami didalam hujan... pendakian yang pada awalnya penuh santai dan ceria..

Anda pernah mendaki gunung? Bagi yang biasa mendaki, mungkin mereka menganggap bahawa trek Gunung Kinabalu ini adalah diantara trek yang mudah... Namun... takdir penentu segala... hahaha...

Di sepanjang perjalanan mendaki, setiap satu kilometer ada disediakan tempat rehat dan tandas, bagi sesiapa yang nak top up air pun boleh, ada air yang "tidak dirawat" boleh diambil disini. Tapi saya tak ambil pun... air botol 500ml cukup sehingga ke destinasi pendakian fasa pertama iaitu di "Laban Rata".
 
Ulasan Kaji Cuaca oleh pendaki Gunung Kinabalu... hahahaha... 

Oleh kerana hujan semakin lebat, langkah pendakian kami semakin perlahan. Ditambah pula dengan angin ribut. Keadaan ini sudah saya jangkakan, kerana sebelum ini sahabat saya di Ranau ada mengingatkan saya tentang cuaca yang tidak menentu, sudah berhari-hari hujan turun dengan begitu lebat. Tidak banyak gambar yang dapat kami ambil pada hari pendakian ini, kerana hujan.

Perkara penting yang boleh dijadikan tips di sini adalah;  pada pandangan saya seelok2nya ketika hujan sebegini gunakan kasut "adidas kampung" (adidas kampung - tu nama glamour, ianya adalah kasut getah warna hitam, boleh beli kat kedai hardware), kasut ni tapaknya mencengkam dengan kuat, insyaAllah susah nak tergelincir, tambahan pula kasut ini senang kering. Kalau pakai kasut biasa, confirm basah punya. Esok pagi-pagi nak naik puncak pakai kasut basah memang sengal laa...

So.. Kalau saya laa, next time kalau pergi lagi saya akan pakai kasut hiking, dan spare-kan kasut "adidas kampung" sepasang..

Kemudian, kalau boleh laa, kena cari sarung tangan yang kalis air.. Di KL, puas saya cari, tak jumpa.. tapi ada jugak saya tengok diorang pakai sarung tangan "scuba"..

Bayangkan meredah hujan selama hampir tujuh jam, tangan saya terasa membeku.. nak genggam tangan pun tak boleh.. ini betul-betul... ini bukan cobaan!!!!
 
Ini adalah diantara video kami meredah hujan dan angin kencang dalam pendakian di Gunung Kinabalu
Setelah meredah hujan dan ribut selama hampir tujuh jam.. tujuh jam.. tujuh jam... saya ulang sekali lagi.. TUJUH JAM !!!... hahahaha... kalau ada yang tak faham lagi tak tahu laaa... akhirnya saya sampai di Laban Rata RestHouse.. Kalau dalam cuaca biasa, saya rasa pendakian hanya mengambil masa dalam empat jam sahaja..

Sesampai di RestHouse saya melapurkan diri di kaunter pendaftaran, saya diberi kunci bilik dan saya dimaklumkan bahawa saya terpaksa berkongsi dengan enam orang dalam satu bilik... perghhhh... camana ni... takde privacy... tak pe laa... semangat "rambo" punya pasal enam orang pun enam orang lah.. saya dah letih ni..

Tanpa melengahkan masa dan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh pendaki-pendaki dari luar negara, saya terus menuju ke bilik. Apabila saya buka saja kunci pintu bilik, kelihatan ada tiga orang pendaki dari luar negara yang tercengang-cengang melihat saya. Mereka juga tidak menjangkakan bahawa bilik ini di kongsi oleh kumpulan selain dari kumpulan mereka..

Nak tengok macamana bilik tersebut??? 
Saya terpaksa menyalin pakaian didalam tandas kerana keadaan bilik yang sempit, tambahan pula pakaian saya yang basah. Air paip nya terlalu sejuk macam ais... tangan boleh beku jika terlalu lama dikenakan pada air tersebut...

Ketika ini saya merasakan sedikit pening kepala, dalam fikiran saya, mungkin kena hujan tadi agaknya... tak pe lah.. saya pun makan panadol actifast 2 biji, selubung dengan selimut terus tidur...

Jam 6 petang saya dikejutkan oleh sahabat saya En Ariff untuk makan malam, ketika ini saya sudah merasakan sedikit kelainan, pening kepala sejak dari tadi tidak hilang, walaupun dah dua biji panadol actifast saya telan sebelum tidur tadi.... "mungkin perut kosong kut", kata saya dalam hati.

Dengan tidak melengahkan masa lagi, saya turun ke bawah untuk makan. Macam-macam ada... Nasi, mee, kambing, lembu, ayam, roti, sup panas... saya pun apa lagi belasah laa... makan punya makan punya makan sampai kenyang. Kemudian saya kembali ke bilik untuk sambung tidur, kepala masih sakit lagi... dan satu perkara yang menghairankan saya mengapa saya sendawa anginnya terlalu kuat seperti baru lepas minum air coca cola... ermmm.. pelik ni.. macam ada yang tak kena jer... 

Saya tersedar lebih kurang jam 8 malam, semuanya gelap, diluar pun semua gelap, rupa2nya semua orang dah tidur... kedengaran angin ribut yang sangat kuat di luar resthouse... saya bangun untuk mengerjakan solat.. sambil membalas sms-sms yang tidak saya jawab dari tadi... ketika ini saya rasa pening dan mual-mual, terasa seperti hendak muntah tetapi tidak muntah... Inilah penyakit gunung... Ianya menyerang sesetengah orang di altitude yang tinggi yang mana oksigen semakin nipis... ianya juga dikenali sebagai "ACUTE MOUNTAIN SICKNESS"... nak tahu apa benda ni, boleh search kat internet, ada banyak info pasal penyakit "AMS" ni...

Saya dah rasa macam tak mampu sangat ketika itu... sms masih bertalu-talu saya terima... saya silent kan phone, jawab lebih kurang dan terus tertidur... faham tak... tak mampu dah.. letih sangat.. tujuh jam perjalanan tau.. orang sakit ni... bukan sengaja.. hahahaha.. (macam melepaskan perasaan jer!!!)

Saya bangun lebih kurang jam 2 pagi, bersiap-siap untuk makan dan menyambung pendakian ke puncak. Ketika ini sakit kepala makin bertambah, selera makan tiada, terasa mual yang amat sangat, namun tidak muntah, kerana saya bukan lah jenis yang senang nak muntah... dah berpuluh tahun saya tak muntah...

Angin diluar begitu kuat dan terlalu sejuk... setelah berbincang dengan guide, kami memulakan pendakian menuju ke puncak, merentasi anak-anak tangga yang begitu curam. Berbekalkan headlamp yang menyuluh kegelapan pagi, kami mendaki perlahan-lahan. Terasa begitu sukar pendakian kali ini, baru beberapa tapak mendaki kami sudah termengah-mengah... udara yang nipis membuatkan kami cepat penat, tambahan pula pendakian yang penuh cabaran siang tadi, begitu banyak menghabiskan tenaga kami..

Tak sampai satu jam kami mendaki, tiba-tiba sahabat saya mengalami masalah pernafasan, setelah mencuba beberapa kali, masalah masih sama.. akhirnya sahabat saya membuat keputusan untuk patah balik ke resthouse di Laban Rata. Saya meneruskan pendakian, kelihatan ada beberapa pendaki dari negara lain juga turun semula, patah balik ke resthouse, mungkin mereka juga ada masalah yang sama... 

Ketika itu saya merasakan bahawa diri ini juga semakin lemah, saya seperti terhuyung hayang, terasa begitu mual sekali, kepala sakit, mendaki beberapa tapak penatnya tidak terkira. Setelah berbincang dengan guide, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini maka saya membuat keputusan untuk patah balik ke resthouse... kali ini saya tewas dengan kuasa alam... takdir penentu segala...

Sesampai sahaja saya di resthouse, tiba-tiba tanpa tertahan-tahan lagi saya muntah.. bayangkan sudah berpuluh-puluh tahun saya tidak muntah.. hari ini benar-benar dalam sejarah... sesudah itu tanpa membuang masa saya terus selubungkan diri dengan selimut tebal dan tidur sehingga pagi.. Tertangguhlah pendakian saya ke puncak kinabalu untuk kali ini..

Permit mendaki adalah selama dua hari sahaja, sehari naik dan sehari turun... jadi saya tidak ada banyak pilihan terpaksa lah saya turun pada keesokan harinya...

Rupa-rupanya saya dapat tahu, separuh dari pendaki gunung semalam tidak menyambung pendakian ke puncak kerana terlalu letih, separuh lagi yang naik ke puncak turun semula di pertengahan pendakian kerana tidak mampu meneruskannya. Jadi...  yang sampai hanya tiga puluh...tiga puluh... (macam lagu m nasir laa pulak).. yang sampai ke puncak hanya lebih kurang beberapa puluh orang sahaja dari beratus orang yang mendaki semalam...  

Inilah Resthouse di Laban Rata.. waktu ni cuaca cerah.. tapi sejuk yang teramat.. ambil gambar sebelum turun..

Cuaca pagi itu cerah, angin gunung yang bertiup kencang, sangat sejuk... setelah berkemas, kami turun dari gunung jam 10.30 pagi. Oleh kerana cuaca yang cerah, maka berpeluanglah kami untuk mengambil banyak gambar-gambar keindahan pemandangan alam semulajadi. Perjalanan TURUN ke kaki gunung hanya mengambil masa dalam DUA JAM SETENGAH sahaja berbanding tujuh jam pendakian pada hari sebelumnya.

Sampai di bawah kami diberi sijil pendakian, kerana berjaya sampai di ketinggian 3554.40 meter dari aras laut.

InsyaAllah saya akan kembali lagi ke sini untuk menyambung niat saya yang tertangguh untuk sampai ke puncak Kinabalu... Bila?? mungkin bulan September ni, mungkin awal tahun depan... ada sesiapa nak ikut? Sila hubungi saya... :-)

Gambar-gambar ni diambil sewaktu turun dari puncak gunung...