Monday, August 6, 2012

Gangguan jin ketika berzikir???

Ada hamba Allah yang menghubungi saya mengadu tentang gangguan-gangguan yang mereka alami ketika beramal / beribadat / berzikir kepada Allah.

Ada yang langsung tidak dapat khusyu', lidah berzikir tetapi hati dan fikiran menerawang kepada perkara-perkara dunia. Ada yang terganggu ibadat kerana wudhu' yang tidak boleh tahan lama. Ada yang hampir kecewa dan putus asa didalam beramal soleh kerana dugaan dan ujian-ujian yang menghalang mereka beribadat kepada Allah...

Bila nak berzikir sahaja mengantuk, bila nak solat sahaja nak buang air lah, nak buang angin lah, anak kecil menangis lah, macam-macam gangguan...

"Ustaz... adakah ini gangguan jin??" tanya mereka...

"Jika tiada gangguan jin pun, Iblis la'natullah dah berjanji nak rosakkan anak Adam (manusia)", jawab saya..

Pokok pangkalnya adalah NIAT masing-masing... apakah tujuan kita nak beramal kepada Allah? Nak benteng diri? nak dapat kehebatan? nak dapat pahala? nak jadi hamba Allah yang soleh atau solehah?

"Jadilah hamba Allah yang selalu ingin mencapai ISTIQOMAH (beramal dengan berterusan), dan jangan menjadi hamba yang menuntut KARAMAH (kehebatan, kemuliaan, kedudukan dan sebagainya)"

Setiap perkara ada ujiannya. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, kebiasaannya masuk jam 9 pagi. Kena bangun awal, kena tempuh kesesakan lalu lintas, kena bersusah payah. Dah sampai pejabat pulak dengan macam-macam karenah di pejabat, kadangkala dimarahi orang atasan, dimarahi pelanggan.

Selesai waktu kerja biasanya jam 5 petang.. Nak balik rumah, sekali lagi akan bertembung dengan kesesakan lalu lintas, kadang-kadang kenderaan rosak, tayar pancit... adakalanya dah jauh malam baru sampai rumah... Esok pagi nak pergi kerja semula.. kita ulang perkara yang sama, tempuh perkara yang sama, dugaan yang sama, ujian yang sama... Ini semua ujian dan dugaan untuk kita kutip bahagian kita di dunia... akhir bulan dapat gaji kita senyum.. :-)

Nak perbaiki diri, nak dapat ganjaran untuk akhirat pun ada ujiannya, ada cabarannya.. bersabarlah.. insyaAllah Allah berserta dengan orang-orang yang sabar dan tabah...

Kalau tak mampu buat semua amalan, jangan tinggalkan semua amalan hingga langsung tak beramal... Buatlah apa yang termampu... Allah terima kita seadanya... akuilah kelemahan kita dihadapan Allah... kita hambaNya yang sangat lemah... Lahaula wala quwata illa billah...

Islam itu mudah, tetapi BUKAN ambik mudah...

ulama'-ulama' yang mu'tabar dah ajar kita formula-formula nak jadi orang soleh yang berjaya... BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL...

Jadi... kena belajar... bertanyalah pada AHLI-nya... kalau kereta yang rosak jangan tanya pada tukang jahit baju... kalau aircond yang rosak jangan tanya pada makcik jual nasi lemak... masing-masing ada bidang masing-masing... Jurutera pun ada bidangnya tersendiri... Jurutera mekanikal tak sama dengan jurutera bangunan, tak sama dengan jurutera kimia...

Kalau bab zikirullah tanya lah pada ahli zikir... Kalau bab tajwid dalam membaca Al-Quran tanyalah pada guru mengaji Al-Quran... kalau bab tasawuf pun tanya lah pada ahlinya...

Kalau yang handal bab ruqyah syar'iyyah tak semestinya tahu bab ilmu tenaga dalam atau ilmu kebatinan... Yang handal bab ilmu kebatinan pula tak semestinya tahu nak handle gangguan jin... Yang tinggi peringkat tenaga dalamnya pun tak semestinya faham bab ruqyah syari'iyyah... Masing-masing ada pengetahuan masing-masing...

Bukan mentang-mentang belajar agama kat Mesir semua dia tahu... Dalam yang kita tahu, ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu... berlapang dada lah... belajarlah mengakui kekurangan dan kelemahan diri...

"Janganlah meninggalkan zikir kerana engkau lalai (tidak khusyu') diwaktu berzikir, kerana kelalaianmu terhadap Allah ketika TIDAK berzikir itu lebih BERBAHAYA daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika berzikir..."

" Semoga Allah naikkan darjat kita daripada berzikir dengan KELALAIAN, kepada berzikir yang disertai INGAT terhadap Allah, kemudian naik kepada zikir yang disertai rasa HADIR (merasakan kehampiran / bersama Allah), kemudian naik kepada berzikir hingga LUPA terhadap SESUATU selain ALLAH, kemudian naik kepada berzikir hingga meRASAkan ALLAH Sendiri lah yang Memuji DiriNya Sendiri... (Dan yang demikian itu bagi Allah tidaklah sukar jika dengan limpah KurniaNya..)"

Moga-moga nasihat-nasihat ini bermanfaat untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca sekelian.. insyaAllah..