Friday, November 16, 2012

Kaedah Membuat Air Rawatan Untuk Masalah Gangguan Jin


 Bismillahirrahmanirrahim... Fuuhhhhh!!!.... Fuhhhhh!!!!... Fuhhhhh!!!..... rasa macam berhabuk2... dah masuk dua bulan saya tidak update apa2 artikel di blog ini.. oleh kerana kekangan masa, terlalu sibuk dengan kerja2 merawat pesakit, sibuk dengan mengajar kursus2 rawatan, sibuk dengan kelab outdoor yang baru saya tubuhkan - www.auragunung.blogspot.com (nanti saya akan maklumkan kemudian) serta aktiviti2nya, maka tertangguhlah usaha2 saya untuk meng-update blog ini.

Namun begitu, saya selalu meng-update berita2 tentang aktiviti2 saya di akaun facebook, jadi sesiapa yang ingin maklumat yang cepat dari saya, boleh menghubungi saya melalui akaun facebook "Azrin Bin Abdul Karim".

Ok... Kali ini saya nak berkongsi "KAEDAH RINGKAS MEMBUAT AIR RAWATAN BAGI ORANG AWAM". Sesiapa yang merasakan dirinya mengalami masalah gangguan makhluk halus atau jiwa tidak tenteram atau apa sahaja penyakit, tetapi mereka sukar untuk mendapatkan perawat yang berdekatan ketika itu, maka boleh lah kaedah ini diguna pakai untuk membantu merawat diri sendiri sebagai langkah rawatan sementara.

1. Sediakan air DUA bekas besar

2. Garam kasar SATU kilo
- Ada sesetengah orang kulitnya sensitif dan alah dengan garam, maka boleh gunakan limau purut atau limau nipis, SEKURANG2NYA 3 BIJI UNTUK SEKALI MANDI

3. Bacakan air dan garam / limau tersebut dengan Surah Al Fatihah dan Surah Yaasiin sekali.

- Bagi mereka yang tak pandai membaca Al-Quran maka bacalah surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sekurang2nya 33 kali. (Dan lepas ni pergi belajar mengaji)

- Bagi wanita yang datang haid, maka boleh lah membacakan zikirullah, LailahaillaAllah 100 kali dan Ya Syafi, Ya Mu'afi 100 kali

- Bagi mereka yang dah tak larat sangat (tak berdaya nak baca banyak2) boleh lah membaca sekadar bilangan yang mereka mampu.

4. Niat dan berdoa sungguh2 kepada Allah s.w.t, moga air tersebut menjadi air penawar untuk mengeluarkan semua penyakit / gangguan yang ada pada tubuh badan.

5. Air tersebut dibuat MANDI dan MINUM.

Untuk Kaedah Mandi
- Air yang telah kita bacakan itu dicampur dengan garam kasar (dalam segenggam)  ATAU dicampurkan dengan perahan limau purut / nipis yg telah kita bacakan tadi.
- mandi sebagai bilasan terakhir. Jangan dibilas dengan air biasa yang lain. Kecuali berwudhu'.
- NIAT sewaktu mandi, berdoa bersungguh2 pada Allah agar dikeluarkan semua penyakit / gangguan yang ada pada diri.

Untuk Kaedah Minum
- Minum pada bila2 masa
- NIAT dan  berdoa bersungguh2 pada Allah agar dikeluarkan semua penyakit / gangguan yang ada pada diri

 Sila berjumpa dengan perawat Islam yag berdekatan untuk rawatan susulan.

Selamat merawat diri sendiri.

wassalam