Tuesday, December 18, 2012

Wajah Dan Tubuh Berkudis Akibat Sihir Bomoh Siam - Part 1

"Ustaz... tolong saya ustaz, badan dan muka saya habis gatal2 dan berkudis, dah hampir sebulan saya macam ni, dah banyak klinik saya pergi, macam2 ubat saya dah sapu, tapi langsung takde kesan... Doktor dah ambil sampel darah, tapi mereka tak dapat kesan apa2 penyakit pada saya, tolong lah saya", Halimah mengadu sambil menangis2...

Mendengar luahan hati Halimah didalam telefon membuatkan saya terkedu sebentar, jadual rawatan yang agak padat, membataskan saya untuk menerima pesakit lagi pada hari ini..

Halimah adalah seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta, beliau adalah seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Oleh kerana sikap kerajinannya yang disenangi oleh ketua jabatan, tahun ini saja sudah dua kali Halimah dinaikkan pangkat. Walaupun ada desas desus kakitangan lain yang berhasad dengki terhadapnya, itu semua langsung tidak Halimah endahkan.

Halimah sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia dikurniakan Allah paras rupa yang cantik dan menawan, namun sebagai seorang yang sudah mempunyai suami, beliau pandai menjaga diri dan tidak terpengaruh dengan godaan2 liar di pejabat. Tidak dinafikan Halimah memang seorang yang peramah dan baik hati, sikapnya yang lemah lembut itu kadangkala disalah ertikan oleh sesetengah lelaki yang mempunyai "penyakit" didalam hati. Namun Halimah pandai menjaga diri, beliau sentiasa beringat agar hubungan baiknya dengan rakan sekerja dan ketua2 jabatan mempunyai batas2 tertentu.

Satu hari Halimah menerima panggilan telefon berbentuk ugutan dari seorang wanita yang tidak beliau kenali. Panggilan yang bakal merubah hidupnya selepas ini...

"Hei Perempuan!!! Berani engkau menggoda suami aku!!, Engkau tahu dia dah ada isteri kenapa engkau tergila2kan dia? Aku akan pastikan engkau tersiksa dan merana. Aku akan buat sampai muka engkau jadi macam muka binatang!!! Aku benci engkau!!!... Aku benciiiii!!!!"... tuutt...tuutt...tuutt... talian telefon diputuskan...  Halimah tergamam, jantungnya berdebar laju, dadanya berombak2, tangannya menggeletar ketakutan mendengar ugutan yang sedemikian rupa.. Setelah hampir setengah jam terdiam, beliau meneruskan kerja2 pejabat seperti biasa, walaupun fikirannya berkeceramuk memikirkan ugutan yang diterimanya sebentar tadi..

Malam itu Halimah mengalami mimpi yang sangat pelik dan menakutkan. Dia bermimpi dia dikelilingi oleh beberapa orang Sami Siam, tubuhnya diikat di sebatang buluh dan disalai seperti kambing bakar, habis badan dan mukanya melecur. Sami2 Siam itu merenung tajam ke arah Halimah, disisinya juga kelihatan bangkai seekor anjing hitam yang dipenuhi dengan darah.

Halimah tersentak lalu terjaga dari tidur. Dia merasakan tubuh badannya gatal merenyam2, gatal yang teramat sangat. Hampir satu jam Halimah tergaru2, tidak cukup menggaru dengan tangan, Halimah mengambil sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat, tubuh badan Halimah mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk.

Tiba2 saja Halimah teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?

Bersambung....  :-)