Friday, December 21, 2012

Wajah Dan Tubuh Berkudis Akibat Sihir Bomoh Siam - Part 2

Sambungan....

Halimah tersentak lalu terjaga dari tidur. Dia merasakan tubuh badannya gatal merenyam2, gatal yang teramat sangat. Hampir satu jam Halimah tergaru2, tidak cukup menggaru dengan tangan, Halimah mengambil sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat, tubuh badan Halimah mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk.

Tiba2 saja Halimah teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?


"Bang...bang.. bangun bang.. habis satu badan saya gatal2 ni", kata Halimah pada suaminya Salim yang sedang nyenyak tidur. Sambil menggesek2kan mata, Salim menguap lebar.

"Astaghfirullahal'azim... apa dah jadi dengan muka awak ni Halimah?", Salim terkejut melihat wajah Halimah yang melecur seperti kena bakar.

"Entahlah bang, tiba2 saja seluruh badan saya gatal2, saya tak tahan gatal sangat, saya garu sampai jadi macam ni", kata Halimah sambil menangis.

Salim bergegas bangun mengajak Halimah ke Hospital. Sampai di Hospital, Halimah di masukkan ke wad kecemasan. Yang peliknya Doktor yang memeriksa Halimah sangat kehairanan kerana seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat pesakit yang mengalami masalah begitu.

Doktor memberi Halimah ubat sapu dan antibiotik untuk melegakan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh Halimah. Lebih teruk lagi, Halimah mula meracau2 ketakutan. Halimah mendakwa dia nampak ada tiga orang perempuan berwajah hodoh ingin mencekiknya. Salim hanya mampu melihat dan menitiskan airmata melihat keadaan Halimah begitu. Akhirnya Doktor memberi Halimah suntikan ubat tidur. Barulah keadaan tenang dan Halimah tertidur.


Setelah hampir tiga minggu Halimah terlantar di hospital, tiada langsung tanda2 penyakit gatalnya reda, akhirnya Salim mengambil keputusan untuk membawa Halimah keluar dari Hospital dan mencuba ikhtiar di tempat lain pula.

"Errmmm... Baiklah Halimah, awak boleh datang bersama suami malam ini untuk sessi rawatan", kerana kasihan kan Halimah yang merayu meminta tolong, akhirnya saya setuju untuk merawat beliau malam ini.

Malam itu sepertimana yang dijanjikan, Halimah dan suaminya datang ke pusat rawatan saya. Kali pertama saya melihat wajah Halimah, saya sungguh terkejut. Mukanya cacat seperti terbakar, kulitnya agak lembab seperti mengeluarkan air. "MasyaAllah!!! teruk sungguh perbuatan sihir ini", bisik saya didalam hati.

Tanpa berlengah lagi saya mulakan sessi rawatan dengan membaca Surah Al Fatihah, tapi.. mengapa rasa "berat" sungguh bacaan saya pada kali ini...Seolah2 seperti membaca didalam kepayahan.

Saya memejamkan mata, sambil mengulang2 istighfar, saya memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Tiba2, saya ternampak bayangan seperti tayangan video hitam putih, kelihatan Halimah mengherdik dan memaki hamun suaminya. Apakah ini hanya lamunan saya, atau petunjuk dari Allah? Saya tertanya2 sendiri...

Dalam masa yang sama Halimah bingkas berdiri dari tempat duduknya lantas menjerit dengan sekuat hati... "Tolongggggg!!!! Aku sakitttt!!! keluarkan aku dari tempat ni!!!Aku tak nak tengok muka ustaz ni!!!!".

Suami Halimah yang dari tadi tunduk membisu, berubah wajahnya kerana terkejut melihat Halimah menjerit sedemikian rupa. "Ustaz.. kenapa dengan Halimah ni ustaz??", Tanya Salim dalam nada panik..

Saya beri isyarat pada Salim agar duduk dan perhatikan saja saya merawat...







Ehhh.... Kenapa ni???? Laaa.. iklannn... kisah ni akan  bersambung nanti... :-)

... nantikan sambungannya...

mohon maaf kepada pembaca sekelian, saya tak sempat nak sudahkan kisah ni, kerana saya nak pergi outstation dah.. insyaAllah nanti balik outstation pada 01 Jan 2013 saya akan sambung kembali kisah ini...