Sunday, January 29, 2012

Selesai Kursus Urut Tradisional 28 Jan 2011...

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t, selesai sudah Kursus Urut Tradisional dengan konsep personal guide.

Tahniah buat semua peserta, ada yang datang dari Kedah, ada yang datang dari Perak, ada yang datang dari dekat sahaja, pengorbanan anda datang untuk mencari ilmu insyaAllah tidak sia-sia.

Moga2 ilmu yang di kongsi bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.

Wassalam






Friday, January 27, 2012

Gambar Pusat Rawatan Yang Baru 27/1/2012

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah s.w.t dengan puji-pujian yang tidak terhingga, dengan puji-pujian yang tidak mampu dipuji oleh makhlukNya, dan sekiranya manusia itu ingin menghitung nikmat yang diberikan Allah s.w.t, nescaya tiada lah ia dapat menghitung kerana terlalu banyaknya nikmat-nikmat yang telah Allah s.w.t limpahkan kepada kita pada setiap saat, pada setiap detik dan waktu, pada setiap gerak dan diam, pada setiap pandangan dan kerlipan mata, pada setiap turun dan naiknya nafas, pada setiap zarah kewujudan...

Segala ingatan kasih yang takzim dan berkekalan dan bersangatan dan ber-amatan dan bersungguhan dengan azam dan cita-cita yang tidak terhingga untuk Nabi Junjungan, Kekasih Allah, Rahmat bagi sekelian alam; Baginda Rasulullah s.a.w., Salam dan Selawat untuk Baginda s.a.w dan keturunan Baginda s.a.w sehingga hari akhirat...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, Pusat Rawatan yang baru telah mula menampakkan seri, insyaAllah hari ni saya nak pergi kedai air-cond, mungkin hari ni atau mungkin minggu depan baru boleh pasang air-cond, wallahu'aq'lam. Maklum lah... tahun baru cina.. masih ramai yang bercuti. Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai, insyaAllah akan selesai dalam masa beberapa hari lagi.

Nampak gayanya, Kursus Urut Tradisional pada hari Sabtu ni mungkin hanya ditemani dengan kipas, kecuali kalau saya dapat pasang air-cond hari ni.. :-)

Terima kasih kepada para sahabat, Tuan, Puan, Dato', Dato' Seri, Tan Sri, Tun.... Terima kasih diatas sumbangan anda semua, moga2 amalan kita semua diterima Allah s.w.t sebagai pahala yang berkekalan, dan moga-moga kita semua dihimpun kan dan dapat berjiran tetangga bersama-sama dengan Nabi Junjungan kita Rasulullah s.a.w di akhirat nanti... Amin..

InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan update lagi gambar-gambar terbaru pusat rawatan ini, insyaAllah..

wassalam
 
 
 

Tuesday, January 24, 2012

Gambar Pusat Rawatan Yang Baru 22/1/2012..

Bismillahirahmanirrahim... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, apa yang telah dirancang semakin hampir menjadi kenyataan. Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat yang memberi sumbangan untuk menjayakan pusat rawatan yang baru ini. Kerja-kerja pengubahsuaian hampir 90% telah selesai, cuma tinggal beberapa perkara-perkara kecil saja lagi yang perlu di selesaikan.

Pemasangan air-cond tidak dapat di buat kerana cuti tahun baru cina, kedai banyak tutup. Saya harap InsyaAllah selewat-lewatnya awal bulan depan air-cond dapat dipasang. Tikar getah, langsir dan kerja-kerja hiasan dalaman pun tak siap lagi. Harapan saya tempat ini dapat digunakan untuk Kursus Urut Tradisional yang akan berlangsung pada 28 Januari (hari sabtu) ini. Jumlah penyertaan masih ada kekosongan, sesiapa yang nak turut serta kursus ni sila sms saya segera.

Ada yang bertanya, apakah nama yang akan saya berikan untuk pusat rawatan ini... Namanya masih sama.. Rawatan Islam & Urut Tradisional - Ustaz Azrin... :-) Akan datang nanti tak tahu laa pulak jika saya nak beri nama lain.. :-)

Pada hari Ahad yang lepas, saya dan dua orang sahabat yang lain "berganding tenaga" mengemaskan, membersihkan, mencuci tempat ini. Dah lama tak keluar peluh dan buat kerja-kerja berat, syukurlah ada yang membantu, kalau saya seorang yang buat mau terkehel pinggang dibuatnya.. :-)

Di bawah ni ada gambar-gambar bertarikh 22 Januari 2011, sesiapa yang bermurah hati nak beri sumbangan sangat-sangat dialu-alukan..

Kepada sahabat-sahabat yang bermurah hati ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan pusat rawatan saya yang baru, sumbangan anda boleh di salurkan ke akaun saya CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim.

wassalam


Gambar-gambar bertarikh 22 Januari 2011.
 
 
 




Wednesday, January 18, 2012

Berita Perkembangan Pusat Rawatan Yang Baru...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala urusan pembinaan pusat rawatan yang baru ini dipermudahkan Allah s.w.t. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi sumbangan, samada sumbangan kewangan, barangan, idea dan tenaga.

Saya sangat berterima kasih kepada sahabat yang banyak mendorong saya untuk menjayakan pusat rawatan ini, beliau adalah En Habib. Ruangan pusat rawatan ini adalah sebahagian dari ruangan pejabat beliau. Dan bagi saya kejayaan pusat rawatan ini adalah milik bersama.

Selain menjadikan tempat ini sebagai pusat rawatan, tempat kursus, tempat latihan praktikal dan tempat majlis zikir, insyaALlah tempat ini juga akan diisikan dengan program kelas mengaji Al-Quran.

Kepada sahabat-sahabat yang bermurah hati ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan pusat rawatan saya yang baru, sumbangan anda boleh di salurkan ke akaun saya CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim.

wassalam

Gambar2 ini diambil pada 18/1/2012
 
 
 




Monday, January 16, 2012

Sumbangan Untuk Pusat Rawatan Yang Baru...


Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurniaNya telah menggerakkan hati sahabat-sahabat untuk menyumbang bagi dana pembinaan pusat rawatan yang baru.

Saya ada menerima sumbangan yang tidak diketahui nama penyumbangnya, saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih. InsyaAllah saya akan gunakan sumbangan tersebut sebaik mungkin semoga sumbangan itu diterima Allah sebagai amal jariah tuan puan yang insyaAllah mendatangkan pahala yang berpanjangan.

Pembinaan masih dijalankan, dan insyaAllah saya berharap pusat rawatan ini dapat digunakan selewat2nya sebelum 28 januari 2011 ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang, insyaAllah saya akan menjalankan amanah para penyumbang dengan sebaik mungkin, dan insyaAllah setiap kali kami mengadakan majlis zikir disini, insyaAllah kami akan adakan sessi tahlil dan majlis zikir khas untuk para penyumbang dana.

Bukan itu sahaja, moga2 segala usaha dan ikhtiar kita membantu pesakit yang datang di sini, InsyaAllah Allah s.w.t kurniakan pahalanya untuk para penyumbang yang turut sama menjayakan pembinaan pusat rawatan ini.

Kepada sahabat-sahabat yang bermurah hati ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan pusat rawatan saya yang baru, sumbangan anda boleh di salurkan ke akaun saya CIMB 1416 006 1959 523 atas nama Azrin Abdul Karim.

wassalam

Wednesday, January 11, 2012

Bakal Pusat Rawatan Ustaz Azrin Yang Baru... InsyaAllah...

Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah s.w.t, dengan limpah dan kurniaNya yang berpanjangan dan tidak pernah putus-putus, dengan berkat kemuliaan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, moga-moga kita sentiasa berada dibawah panji-panji Baginda dalam bermujahadah untuk memperbaiki diri dan menegakkan Islam didalam setiap zarah kehidupan kita. Sesungguhnya Islam itulah yang paling tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi darinya...

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada tuan/puan yang menghantar email, mesej dan yang cuba menghubungi saya melalui telefon... saya memohon maaf sekiranya saya tidak sempat menjawab dan melayan pertanyaan tuan/puan kerana urusan yang agak padat dalam sebulan dua ini.

Untuk makluman para pembaca dan sahabat sekelian, insyaAllah tidak lama lagi pusat rawatan saya akan beroperasi di tempat yang baru iaitu di Taman Cempaka, Ampang. Buat masa ini, kerja-kerja mengubahsuai ruangan dalam pusat rawatan masih dalam perancangan dan insyaAllah akan bermula minggu depan.

Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang wang ringgit bagi menjayakan pusat rawatan ini, jasa baik anda sangat-sangat dihargai. Pusat rawatan ini memerlukan dana bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan juga bagi membeli alat penghawa dingin. Ini adalah kerana alat penghawa dingin yang sedia ada telah sangat uzur.

Tempat ini akan digunakan sebagai pusat rawatan, pusat pembelajaran ilmu rawatan / kursus, pusat latihan bagi peserta-peserta kursus yang ingin membuat latihan praktikal merawat, dan juga lain-lain aktiviti seperti majlis zikir dan sebagainya..


Gambar-gambar premis yang bakal dijadikan Pusat Rawatan