Friday, December 27, 2013

Kursus Rawatan Islam - Masalah Sihir & Gangguan Jin - 4 Jan 2013

Bismillahirahmanirrahim... Assalamu'alaikum warahmatullah.

Untuk makluman pembaca sekelian. Oleh kerana adanya beberapa permintaan, maka InsyaAllah pada 4 Jan 2014 bersamaan dengan hari sabtu depan, saya akan adakan KURSUS RAWATAN ISLAM (Mengatasi Masalah Sihir Dan Gangguan Jin) di Pusat Rawatan saya di Taman Cempaka ampang.

Kursus bermula jam 10 pagi sehingga jam 5.00 petang.Yuran RM330 untuk seorang peserta.

Sekiranya berminat sila sms Nama Penuh di hp saya 013 3239822. Penyertaan adalah terhad. Sila hubungi saya segera untuk pengesahan kehadiran anda.

Terima kasih, wassalam.

Saturday, December 7, 2013

Muzakarah Dan Penambahan Ilmu Rawatan Islam Ustaz Azrin Di Facebook Group


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mohon perhatian kepada sesiapa yang pernah mengikuti Kursus Rawatan Islam anjuran/kelolaan saya sebelum ini.

Saya telah mewujudkan fb group khusus untuk kita bermuzakarah, menjawab pertanyaan dan menambahkan lagi pemahaman berkenaan dengan Ilmu2 yang telah disampaikan semasa kursus.

Sesiapa yang pernah mengikuti kursus rawatan islam kelolaan saya sebelum ini, mohon hantarkan permintaan (request) menjadi ahli group "Muzakarah Rawatan Islam (Peserta Kursus Anjuran Ustaz Azrin) di facebook, untuk saya masukkan anda didalam group tersebut. KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON MENJADI AHLI GROUP


wassalam


UPDATE : 27 DEC 2013 - Oleh kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan, Facebook Group ini saya bekukan pengambilan ahli2 buat sementara waktu, sehingga diberitahu kelak.

Friday, November 29, 2013

Kursus Rawatan Islam - Masalah Sihir & Gangguan Jin - 7 December 2013

Bismillahirahmanirrahim... Assalamu'alaikum warahmatullah.

Untuk makluman pembaca sekelian. InsyaAllah pada 7 Dec 2013 bersamaan dengan hari sabtu depan, saya akan adakan KURSUS RAWATAN ISLAM (Mengatasi Masalah Sihir Dan Gangguan Jin) di Pusat Rawatan saya di Taman Cempaka ampang.

Kursus bermula jam 10 pagi sehingga jam 4.30 petang.Yuran RM330 untuk seorang peserta.

Sekiranya berminat sila sms Nama Penuh di hp saya 013 3239822. Penyertaan adalah terhad. Sila hubungi saya segera untuk pengesahan kehadiran anda.

Terima kasih, wassalam.

Thursday, April 25, 2013

Ke Mana Ustaz Azrin Menghilang?

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah Wa Syukrulillah. Segala Puji bagi Allah s.w.t yang Maha Hidup lagi Maha MengHidupkan, Selawat dan Salam keatas Baginda Rasulullah s.a.w, Nabi Junjungan yang diharap2kan Syufaat Baginda.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurniaNya, saya masih lagi di izinkan untuk meneruskan perjuangan dan berkongsi coretan2 pengalaman dalam rawatan. Hanyasanya saya mendiamkan diri seketika kerana sibuk dengan tugas2 dan aktiviti2 yang sangat padat. Ramai yang cuba menghubungi saya, tetapi tidak dapat, mungkin ketika itu saya berada di luar kawasan atau tempat tersebut tiada "phone coverage", saya mohon maaf dan saya harap sesiapa yang tidak dapat menghubungi saya, boleh cuba menghantar sms.

InsyaAllah, selepas pilihan raya ke 13 ini, berkemungkinan saya agak lapang dan mempunyai banyak masa untuk terus berkongsi pengalaman2 dan kisah2 rawatan di blog ini.

Untuk tidak mensia2kan masa yang di beri Allah untuk saya meng-update blog ini, di sini saya kongsikan kepada pembaca sekelian, amalan sebagai ikhtiar untuk mempercepatkan makbulnya hajat, atau melepaskan diri dari musibah dan sebagainya.

Bergantung kepada keikhlasan masing2, bersedekah lah kepada mereka yang memerlukan, samada peminta sedekah, fakir miskin, tabung2 masjid, anak2 yatim, sekolah2 tahfiz dan sebagainya. Jumlahnya bergantung kepada keikhlasan masing2, walau RM1 sekalipun tak mengapa, janji ikhlas.

Sewaktu anda menyampaikan sedekah tersebut, berniatlah atau berdoa apa2 hajat, mohon kepada Allah didalam hati, "Ya Allah, dengan berkat sedekah ini, aku mohon padaMu .........."

Jadikanlah ini sebagai AMALAN, dan lebih bagus lagi, jika sedekah itu diberikan kepada mereka2 yang berjuang di jalan Allah, seperti Sekolah2 Tahfiz, Sekolah2 Agama, Guru2 yang mengajar Agama, Musafir2 yang bermusafir kerana Allah dan sebagainya.

Moga2 perkongsian amalan ini bermanfaat, insyaAllah dengan izinNya moga kita bertemu lagi..

wassalam