Thursday, April 25, 2013

Ke Mana Ustaz Azrin Menghilang?

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah Wa Syukrulillah. Segala Puji bagi Allah s.w.t yang Maha Hidup lagi Maha MengHidupkan, Selawat dan Salam keatas Baginda Rasulullah s.a.w, Nabi Junjungan yang diharap2kan Syufaat Baginda.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah kurniaNya, saya masih lagi di izinkan untuk meneruskan perjuangan dan berkongsi coretan2 pengalaman dalam rawatan. Hanyasanya saya mendiamkan diri seketika kerana sibuk dengan tugas2 dan aktiviti2 yang sangat padat. Ramai yang cuba menghubungi saya, tetapi tidak dapat, mungkin ketika itu saya berada di luar kawasan atau tempat tersebut tiada "phone coverage", saya mohon maaf dan saya harap sesiapa yang tidak dapat menghubungi saya, boleh cuba menghantar sms.

InsyaAllah, selepas pilihan raya ke 13 ini, berkemungkinan saya agak lapang dan mempunyai banyak masa untuk terus berkongsi pengalaman2 dan kisah2 rawatan di blog ini.

Untuk tidak mensia2kan masa yang di beri Allah untuk saya meng-update blog ini, di sini saya kongsikan kepada pembaca sekelian, amalan sebagai ikhtiar untuk mempercepatkan makbulnya hajat, atau melepaskan diri dari musibah dan sebagainya.

Bergantung kepada keikhlasan masing2, bersedekah lah kepada mereka yang memerlukan, samada peminta sedekah, fakir miskin, tabung2 masjid, anak2 yatim, sekolah2 tahfiz dan sebagainya. Jumlahnya bergantung kepada keikhlasan masing2, walau RM1 sekalipun tak mengapa, janji ikhlas.

Sewaktu anda menyampaikan sedekah tersebut, berniatlah atau berdoa apa2 hajat, mohon kepada Allah didalam hati, "Ya Allah, dengan berkat sedekah ini, aku mohon padaMu .........."

Jadikanlah ini sebagai AMALAN, dan lebih bagus lagi, jika sedekah itu diberikan kepada mereka2 yang berjuang di jalan Allah, seperti Sekolah2 Tahfiz, Sekolah2 Agama, Guru2 yang mengajar Agama, Musafir2 yang bermusafir kerana Allah dan sebagainya.

Moga2 perkongsian amalan ini bermanfaat, insyaAllah dengan izinNya moga kita bertemu lagi..

wassalam