Friday, April 17, 2015

Amalan Sihir Dalam Perniagaan...

Pada pengamatan dan pandangan peribadi saya, boleh dikatakan penggunaan amalan2 sihir dan khurafat dalam bidang perniagaan agak berleluasa. Ianya tidak terhad pada bangsa melayu yg dikatakan beragama islam sahaja... yang bukan islam pun ramai juga mengamalkan sihir utk perniagaan...


Diantara tujuan2nya SEBAGAI PELARIS, jin2 sihir akan bertindak menutup pandangan2 / kemahuan2 manusia lain untuk pergi ke kedai pesaing. Kesannya, kebanyakan pelanggan yang lalu akan terlihat kedai pesaing seolah2 tutup (tidak berniaga).

Pesaing dan keluarganya akan jatuh sakit, serta tidak ada semangat untuk berniaga. Ada kes peniaga yang sudah sampai di kedai, tetapi balik semula ke rumah, tidak mahu membuka kedai tanpa sebab.

 Jin2 sihir kencing atau menabur najis ke dalam makanan (jika restoran / kedai makan), menyebabkan pelanggan akan sentiasa teringat2 dan berkeinginan utk berkunjung/membeli di kedai tersebut. Kesan sampingan pada pelanggan pula menyebabkan pelanggan menjadi malas untuk solat atau beramal soleh, bersikap panas baran, selalu mengantuk, timbul sakit2 pelik yg sukar sembuh, seperti sakit kulit, angin yang banyak dalam badan, muntah bila mendengar bacaan Al Quran dan sebagainya.

Selain dari bertujuan sebagai pelaris, amalan sihir dalam perniagaan juga digunakan untuk BEREBUT KEDAI / TAPAK PERNIAGAAN (seperti tapak gerai / pasar malam / pasar Ramadhan)

 Jin2 sihir akan bertindak menyerang tuan punya kedai dan keluarganya sehingga jatuh sakit, akan jadi malas yg keterlaluan, atau akan mengakibatkan kerugian yg besar dalam perniagaan sehingga terpaksa tutup kedai.

Diantara tanda2 premis perniagaan yang terkena sihir ialah, suasana kedai nampak suram dan tiada tarikan, pelanggan yang masuk ke kedai tersebut mengalami sakit/pening kepala secara tiba2, kerap jumpa benda2 pelik dalam kedai, contohnya kaca dalam makanan, banyak lalat atau tikus walaupun dah usaha menghalaunya, makanan atau minuman dalam kedai tersebut terlalu cepat basi atau rosak, pelanggan tak nampak kedai atau kedai tersebut kelihatan tutup pada pandangan pelanggan.

Diantara kaedah / bahan2 sihir yang selalu digunakan ialah bahan2 yang kotor dan juga pemujaan2 jin / syaitan. Bahan2 seperti tanah kubur, air mandian mayat yang mati dalam keadaan mengerikan, darah / bangkai anjing hitam, patung2 sihir yang dipuja biasa digunakan untuk tujuan sihir perniagaan ini.

Ramai yang bertanya saya bagaimanakah kaedah untuk merawat masalah sihir2 yang melibatkan hal ehwal perniagaan ini. Kita kena faham, ada banyak faktor yg mempengaruhi tahap2 kekuatan serangan sihir, ada yang kita boleh rawat secara DIY (do it yourself), ada yang kita perlu jumpa perawat...

Tahap kekuatan sihir bergantung pada tahap keilmuan ahli sihir dan level2 jin / syaitan yg digunakannya. Ada jin2 sihir yang level "cap ayam", ada jin2 sihir yang level "ifrit", ada kaedah2 sihir yang rumit dan ada pula kaedah2 sihir yang lebih "straight foward".

Tahap benteng / kekuatan rohani mangsa juga mempengaruhi sejauh mana kesan / impak sihir tersebut.

Tahap kemampuan perawat / kaedah rawatan yg digunakan juga penting dalam menangani masalah2 sihir sebegini.

Ada keilmuan yang kita boleh kongsi secara "public", ada kaedah yang hanya boleh dikongsikan secara tertutup atau "berdepan". Ini adalah salah satu dari strategy "peperangan".

Sekiranya saya kongsikan secara "public" kaedah2 tahap gaban untuk menentang sihir2, rahsia senjata2 dan kaedah2 yang saya gunakan bakal diketahui oleh ahli sihir. Ini memudahkan mereka untuk "counter attack" (melakukan serang balas) atau memperbaiki kaedah2 sihir yang mereka amalkan.

Sebab itulah, ada perkara yang boleh kita awam kan, dan ada yang perlu kita khususkan. InsyaAllah ada masa nanti saya nak kongsikan satu kisah yang kita boleh ambil i'tibar dan ilmunya berkaitan dengan kaedah menangani masalah sihir dalam perniagaan.

... bersambung...