Friday, April 17, 2015

Pengusaha Kantin dan Serangan Sihir

Saya ada seorang student yang pernah mengikuti kursus rawatan islam yang saya anjurkan... Dia ni baik orangnya... cuma, selepas dia mengikuti kursus, saya terputus hubungan dengannya.

Sudah hampir 3 tahun saya tak bertemu dengannya, bulan lepas dia datang berjumpa saya untuk dapatkan bantuan merawat ibunya yang sakit.

Dia menceritakan, setelah tamat kursus, macam2 dugaan menimpanya, menyebabkan dia sibuk dengan urusan kerja/perniagaan. Dia berjaya mendapat tender kantin di sebuah kilang yang besar. Dalam kilang tersebut ada lagi beberapa kantin yang lain.

Yang menjadi masalahnya, boleh dikatakan kesemua pengusaha kantin di situ mengamalkan sihir, dengan tujuan untuk menjatuhkan pengusaha kantin yang lain, untuk berebut tender kantin (supaya pesaing tutup kantin, dan mereka akan ambil alih), dan untuk melariskan jualan mereka.

Saban hari student saya ni selalu jumpa benda2 pelik dalam kantinnya itu, jumpa batu2 pelik dalam freeze, jumpa ikatan2 kain berwarna kuning, merah, hitam diikat di sudut2 tertentu, dan macam2 lagi.

Dia, ibunya dan pekerja2nya yang mengusahakan kantin tersebut, selalu sahaja tidak sihat. Pekerja2 nya juga selalu berhenti tanpa sebab dan bersilih ganti. Pernah satu ketika, seorang pekerjanya dengan tak semena2 kerasukan di dalam kantin tersebut dan nampak macam2 makhluk yang mengerikan di situ.

Hari demi hari dia terus bertahan berniaga di situ, sedangkan hasil keuntungannya tidak lah memberangsangkan, hanya cukup untuk bayar gaji pekerja, buat pusingan untuk berniaga dan sekadar cukup2 makan sahaja.

Satu perkara pelik yang menjadi tanda tanya, dia sering melihat ada beberapa pengusaha kantin yang lain sering berlegar2 berpusing2 di kantinnya sambil mulut berkumat-kamit.

Dan yang lebih mengejutkan lagi ada beberapa pengusaha kantin di situ terus terang mengaku menggunakan pendamping/bantuan jin untuk perlindungan dan sebagai pelaris untuk berniaga, serta memberi amaran kepadanya supaya jangan cari pasal di situ.

Satu hari, seorang pengusaha kantin di situ bertemu dengannya dan bertanya, "kau ni pakai ilmu apa ya?"

"Mana ada pakai ilmu apa2, saya berdoa pada Allah je bang", jawab student saya.

"Mustahil kau tak pakai apa2 ilmu, sebelum2 ni dah ramai orang yang usahakan kantin tempat kau berniaga sekarang, paling lama mereka tahan pun 2 minggu, semua berhenti berniaga, engkau berniaga kat sini boleh bertahan dah dekat setahun", jawab pengusaha kantin tersebut dengan muka ala2 samseng kampung dusun.


- Student saya beritahu saya, "kursus yang ustaz ajar tu ada banyak amalan, saya takde masa nak amal semua. Saya cuma amal satu ayat saja tak putus2 saya jadikan zikir, iaitu doa Sayyidina Khalid Al Walid (r.a)..."

"Bismillahillazi laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi walaa fissama iwahuwassami'ul 'alim"...

- Amalan yang sedikit, tetapi istiqamah (berterusan) -