Monday, November 28, 2016

Kursus Rawatan Islam - Kuala Lumpur


Kursus Rawatan Islam.

- Menangani masalah Jin, Sihir, Saka, dll.

- Perluasan syarah kursus kepada masalah sakit fizikal, mental, emosional, spiritual, yang berkaitan.

- Merawat diri sendiri, keluarga dan boleh merawat masyarakat.

- Bimbingan khusus secara bersiri, berperingkat dan terperinci untuk satu2 topik.

- Bilangan perserta yang terhad untuk satu2 sessi bagi memudahkan lebih fokus dan personal coach.

- Bimbingan khusus untuk rahsia kekuatan rohani yang mantap.

- Ijazah khusus amalan2 bersanad yang ampuh.

- dan banyak lagi..

*** Penyertaan di buka kepada mereka yang benar2 berminat, yang menghargai ilmu, yang ingin mendapatkan bimbingan rohani, yang benar2 ingin belajar, yang ikhlas, yang sabar, yang boleh berlapang dada di dalam perbezaan pendapat selagi tidak menyalahi syara', ***

Tarikh kursus akan dimuktamadkan mengikut persetujuan bersama

Kursus bertempat di Kuala Lumpur

Yuran penyertaan Rm350 seorang.

Bagi yang berminat, Sila whatsapp maklumat berikut ;

Nama penuh :
Tarikh lahir:
Dari kawasan/negeri :

Sila whatsapp maklumat tersebut dengan segera di no : 011 51129337

Kursus Rawatan di kawasan Kedah, Sabah, Sarawak dan lain2 negeri juga ada di anjurkan, sila whatsapp saya untuk maklumat lanjut.

Wednesday, July 20, 2016

Kepentingan Urut Persediaan Berkahwin


Urut Persediaan Berkahwin adalah satu perkara yang penting untuk bakal pengantin lelaki. Mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, perlu ingat dan faham bahawa "nafkah batin' adalah satu perkara yang wajib di dalam perkahwinan.

Kegagalan melaksanakan kewajipan tersebut akan mengundang banyak masalah pada rumahtangga.

Ramai bakal pengantin lelaki yang fikir mereka perkasa dan sihat atau normal. Ini mungkin hanyalah "Ego" seorang lelaki semata-mata. Namun setelah mereka menjejakkan kaki dalam alam perkahwinan, ketika itu barulah mereka tahu yang mereka sebenarnya mempunyai masalah tenaga batin (tenaga kelelakian), dan ini adalah satu masalah yang besar.

Banyak perkara-perkara yang menyumbang kepada kegagalan pengantin lelaki untuk melaksanakan tanggungjawab "nafkah batin" terhadap isterinya. Dan si isteri pula pada awalnya tidak ambil kisah dan fikir bahawa ini adalah perkara yang remeh, lama kelamaan masalah ini menjadi seperti racun yang menjalar, yang mengakibatkan tekanan terhadap mental dan emosional si isteri hari demi hari.

Perkara "hubungan" suami isteri ini adalah fitrah semulajadi manusia yang normal. Allah hukumkan zina itu haram, dan Allah halalkan pernikahan.

Urut Persediaan Berkahwin adalah salah satu ikhtiar yang penting untuk memastikan masalah kegagalan ini tidak berlaku.

Sila hubungi saya (telefon/message/whatsapp) di 011-5112 9337 untuk urut persediaan berkahwin untuk dapatkan temujanji ikhtiar rawatan.

Tuesday, July 19, 2016

Masalah Tenaga Batin / Masalah Nafkah Batin Mengundang Penceraian dalam Perkahwinan

Urut Tenaga Batin atau Urut Pulih Tenaga Batin bukanlah satu kaedah urutan dengan menggunakan tenaga kebatinan seperti tenaga dalam dan sebagainya.

Urut Tenaga Batin atau Urut Pulih Tenaga Batin adalah satu kaedah urutan untuk ikhtiar merawat masalah "tenaga kelelakian".

Jika tiada masalah "tenaga kelelakian" sekalipun, ramai juga yang mendapatkan khidmat Urut Tenaga Batin sebagai urutan berkala (macam servis kereta), samada 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali.

Di dalam hal rumahtangga (perkahwinan), "Nafkah Batin" adalah satu kewajiban yang wajib di tunaikan oleh suami isteri.

Kegagalan kronik seorang suami untuk memberi Nafkah Batin kepada isterinya, adalah satu masalah yang besar. Dan ianya hingga boleh  melayakkan seorang isteri menuntut fasakh.

Fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintah mahkamah. Jenis perceraian ini pada amnya adalah perceraian dengan cara baik.

 “(Mereka) bolehlah berpegang dengan cara yang makruf atau bercerai dengan cara yang baik, bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud membuat mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka, dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri.” (al-Baqarah, ayat 229 - 231)


Di bawah peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, perceraian melalui fasakh diletakkan mengikut Seksyen 53. Seksyen 53 (1) menetapkan bahawa: Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk mem-bubarkan perkahwinan atau fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut iaitu:

• Tempat di mana beradanya suami atau isteri tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

• Suami cuai mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan;

• Suami atau isteri dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

Suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk;

• Suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kusta atau menghidap penyakit kelamin dalam keadaan yang boleh berjangkit;

• Isteri, selepas dikahwini oleh wali mujbir sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

• Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya;

Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi kerana suami sengaja enggan menyetubuhinya;

• Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapannya ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui hukum syarak;

• Pada masa perkahwinan itu, isteri sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 (Ord. 31/52) dan sakit otaknya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak berkahwin; atau

• Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.


Sila hubungi saya (telefon/message/whatsapp) di 011-5112 9337 untuk temujanji "Urut Tenaga Batin atau Urut Pulih Tenaga Batin"