Sunday, August 5, 2018

Aku tak ampunkan dosa engkau !!!


Bismillahirrahmanirrahim

Perkataan "aku takkan maafkan engkau… aku tak ampunkan dosa engkau…", adalah satu perkataan dendam kesumat yang tidak berkesudahan… kita semua akan di hadapkan di hadapan Allah s.w.t di akhirat nanti dan segala perbuatan kita samada baik dan buruk akan dihitung dan dipertanggungjawabkan….

Semua manusia mengharap keampunan Allah s.wt…. tambah-tambah lagi di yaumil masyar nanti.. ketika segala hijab telah terbuka, tiada apa lagi yang dapat disembunyikan dihadapan Allah s.w.t, malahan segala perbuatan-perbuatan yang telah kita lupakan, Allah s.w.t akan tunjukkan semula semuanya kepada kita. Dan ketika itu kita akan terkejut, pucat lesi, dan ingin lah kiranya kita di kembalikan ke dunia semula untuk menebus segala kesilapan-kesilapan tersebut…

Apakah yang kita harapkan ketika itu? Kita benar-benar mengharapkan keAmpunan Allah s.w.t...

Jika anda tidak mahu mengampunkan/memaafkan dosa sesama manusia… Apa pula jawapan/perasaan anda sekiranya Allah s.w.t tidak mahu mengampunkan dosa-dosa anda? Fikir-fikirkanlah…

Anda mungkin menganggap orang lain berdosa terhadap anda… bagaimana pula dosa anda terhadap orang lain?


Saya terbaca satu kisah pengembaraan, seorang wanita menjelajah dunia dengan basikal.

Saya tertarik dengan pengalaman dan kata2nya berkenaan dengan setiap orang berlainan yang dia jumpa pada setiap hari…

Katanya ;

"Saya sangat menghargai setiap detik masa ketika saya berjumpa dengan semua orang...

...Kerana saya tahu pertemuan tersebut adalah sangat singkat, masa begitu cepat berlalu, dan saya tidak mungkin dapat bertemu mereka lagi...

Saya tidak mahu membazirkan pertemuan itu dengan perkara2 yang menyakiti hati sesiapa, saya mahu kegembiraan dan pengalaman manis terisi... kekal menjadi memori indah dalam hati saya dan pada setiap orang yang saya temui"


Para pembaca sekelian, pertemuan kita di dunia ini, hakikatnya adalah pertemuan yang sangat singkat... Telah berlalu zaman orang-orang yang terdahulu dari kita… zaman moyang kita, zaman datuk nenek kita, zaman ibu dan ayah kita, sekarang zaman kita pula... akan datang zaman anak-anak dan cucu kita pula... masa berlalu begitu pantas dan tiada yang kekal di dunia ini… 

Hargailah setiap detik2 kita bersama, samada secara zahir mahupun secara maya/batin/rohani... Berazamlah untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun... Walau diri/hati kita ini di sakiti... Padamkanlah segala kesakitan dan dendam-dendam…

Wednesday, July 4, 2018

Perawat Islam Penunggang Agama...?


Takde benda nak cerita… dah lama tak update blog... bosan2, saya share je lah cerita ntah apa2 ni…

Ada seseorang yang tidak di kenali telah menghubungi saya melalui whatsapp, dia mengadu…,

"Ustaz… ada seorang perawat yang mengaku sebagai Perawat Rawatan Islam di Selangor namanya XXXXX selalu memburuk2kan nama ustaz Azrin, dia mengatakan ustaz Azrin "Penunggang Agama".

Saya jawab ringkas, "Moga Allah beri dia hidayah"...



Dulu2 ada seseorang yang tidak saya kenali, menghubungi saya melalui telefon bertanyakan saya tentang alam jin, kemudian menuduh saya sebagai "bomoh dusta"...

Saya jawab dalam hati… "Moga Allah beri dia hidayah"...



- Para pembaca sekelian, kita mungkin tidak 100% mampu menghalang manusia bercakap sesuatu yang buruk dan tidak benar tentang diri kita… dan sebenarnya, kita tak perlu membazir masa untuk peduli pun kata2 negatif dan nista tersebut...

Sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w pun di dusta, di cemuh dan di fitnah manusia… apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan dan dosa…

Kesimpulannya, anda bebas bercakap apa saja… tetapi setiap percakapan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t...

Moga kita semua di dalam petunjuk dan hidayah Allah s.w.t...


- Nasihat untuk hari ini -

"Mereka berkata : Wahai ayah kami!, sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf a.s menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka melumurkan baju Yusuf a.s dengan darah palsu.

Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal itu).


Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya,... Dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."

(Surah Yusuf :17-18)

Wednesday, June 20, 2018

Ustaz Azrin masih merawat seperti biasa - Sila whatsapp untuk appointment

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk makluman para pembaca dan yang berhajat sekelian, ya Alhamdulillah saya masih merawat seperti biasa.

Sila WhatsApp untuk temujanji rawatan.

Kebiasaannya rawatan sebelah pagi sahaja.



Q & A (Question and answer for today)

Q : ustaz, mengapa bila saya call atau WhatsApp, ustaz macam sombong, macam garang, macam cakap straight saja, cakap ringkas2 saja?

A : - Saya ni macam "cermin", bagaimana "rupa batin" anda begitulah yang akan dipantulkan dicermin.

      - Bila berbicara dalam phone suara saya memang menakutkan "jin2 gangguan" dan "nafsu2 liar".

      - Ada beza "menyoal" dan "bertanya", jika anda "menyoal" saya tak cenderung nak jawab,…. tapi jika anda "bertanya" insyaAllah saya akan jawab dengan sebaik dan semampu mungkin.

      - Adakala, bila berbicara melalui telefon saya akan cakap ringkas2 saja, kerana anda hanya akan dapat "manfaat sebenar" dengan kata2/nasihat saya apabila anda berjumpa saya. (ilmu itu sifatnya di datangi).


- Nasihat untuk hari ini -

"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
(al-Baqarah : 195)