Sunday, August 5, 2018

Aku tak ampunkan dosa engkau !!!


Bismillahirrahmanirrahim

Perkataan "aku takkan maafkan engkau… aku tak ampunkan dosa engkau…", adalah satu perkataan dendam kesumat yang tidak berkesudahan… kita semua akan di hadapkan di hadapan Allah s.w.t di akhirat nanti dan segala perbuatan kita samada baik dan buruk akan dihitung dan dipertanggungjawabkan….

Semua manusia mengharap keampunan Allah s.wt…. tambah-tambah lagi di yaumil masyar nanti.. ketika segala hijab telah terbuka, tiada apa lagi yang dapat disembunyikan dihadapan Allah s.w.t, malahan segala perbuatan-perbuatan yang telah kita lupakan, Allah s.w.t akan tunjukkan semula semuanya kepada kita. Dan ketika itu kita akan terkejut, pucat lesi, dan ingin lah kiranya kita di kembalikan ke dunia semula untuk menebus segala kesilapan-kesilapan tersebut…

Apakah yang kita harapkan ketika itu? Kita benar-benar mengharapkan keAmpunan Allah s.w.t...

Jika anda tidak mahu mengampunkan/memaafkan dosa sesama manusia… Apa pula jawapan/perasaan anda sekiranya Allah s.w.t tidak mahu mengampunkan dosa-dosa anda? Fikir-fikirkanlah…

Anda mungkin menganggap orang lain berdosa terhadap anda… bagaimana pula dosa anda terhadap orang lain?


Saya terbaca satu kisah pengembaraan, seorang wanita menjelajah dunia dengan basikal.

Saya tertarik dengan pengalaman dan kata2nya berkenaan dengan setiap orang berlainan yang dia jumpa pada setiap hari…

Katanya ;

"Saya sangat menghargai setiap detik masa ketika saya berjumpa dengan semua orang...

...Kerana saya tahu pertemuan tersebut adalah sangat singkat, masa begitu cepat berlalu, dan saya tidak mungkin dapat bertemu mereka lagi...

Saya tidak mahu membazirkan pertemuan itu dengan perkara2 yang menyakiti hati sesiapa, saya mahu kegembiraan dan pengalaman manis terisi... kekal menjadi memori indah dalam hati saya dan pada setiap orang yang saya temui"


Para pembaca sekelian, pertemuan kita di dunia ini, hakikatnya adalah pertemuan yang sangat singkat... Telah berlalu zaman orang-orang yang terdahulu dari kita… zaman moyang kita, zaman datuk nenek kita, zaman ibu dan ayah kita, sekarang zaman kita pula... akan datang zaman anak-anak dan cucu kita pula... masa berlalu begitu pantas dan tiada yang kekal di dunia ini… 

Hargailah setiap detik2 kita bersama, samada secara zahir mahupun secara maya/batin/rohani... Berazamlah untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun... Walau diri/hati kita ini di sakiti... Padamkanlah segala kesakitan dan dendam-dendam…