Monday, August 12, 2019

Kursus Rawatan Islam - Masalah Sihir & Gangguan Jin - September 2019

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamu'alaikum warahmatullah.

Untuk makluman pembaca sekelian. Oleh kerana adanya beberapa permintaan, maka InsyaAllah pada bulan September 2019 ini, saya akan adakan KURSUS RAWATAN ISLAM (Mengatasi Masalah Sihir Dan Gangguan Jin) di Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Yuran RM350 untuk seorang peserta.

Sekiranya berminat sila whatsapp, berikan Nama Penuh anda di hp saya 011-51129337. Penyertaan adalah terhad. Sila hubungi saya segera untuk pengesahan kehadiran anda.


Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Kaedah Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :
- Teknik merawat paling asas
- Teknik merawat diri sendiri
- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Ibu Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik menarik bisa gangguan / barang sihir atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin2 gangguan
- Teknik-teknik serangan keatas jin2 gangguan dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin gangguan
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan
- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri
- Pengijazahan amalan

Terima kasih, wassalam.