Saturday, November 21, 2020

Kursus Rawatan Islam - Perawat Mantap dan Hebat - Kuala Lumpur


Artikel ini memerlukan anda sedikit berfikir dan merenung atau bermuhasabah diri. Diharap anda bersabar membacanya. Dan semoga Allah s.w.t memberikan kefahaman.

Mari kita lihat gambar Pokok Besar ini dengan mata hati yang tenang dan terdalam.

Berapa lama Pokok ini menempuh masa dan zaman sehingga menjadi Teguh dan Ampuh dengan sebegini rupa?.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang usianya. Pokok ini mungkin sudah berapa ratus kali pernah di rempuh angin ribut. Mungkin sudah berapa ratus kali ia diserang penyakit. Menempuh Musim Hujan dan Musim Panas saban tahun. Mungkin juga pernah di intai-intai oleh pembalak yang rakus. Dan macam-macam ratusan atau mungkin ribuan dugaan yang telah dilaluinya sepanjang tempoh dia membesar.

Pokok di dalam gambar ini tidak mungkin menjadi seTeguh dan seKuat ini hanya dengan sehari semalam, atau hanya dengan sebulan dua, atau hanya dengan setahun dua?

Apakah anda berminat dan berhasrat untuk menjadi Perawat yang Ampuh lagi Gagah Perkasa,... atau Perawat "Power",... atau Perawat Sakti,... atau Perawat yang ditakuti dan digeruni di "seantero" (seluruh) Jagat Raya atau seantero dunia,... atau "seantero" Galaksi Bima Sakti...?

Apa yang sebenarnya anda cari dalam hidup ini?...

Untuk menjadi Perawat yang benar-benar Ampuh... anda memerlukan kesabaran sebagaimana Pokok Besar di dalam gambar ini.

Perawat yang Ampuh memerlukan "Dalaman / Ruhaniyyah" yang Ampuh.

Untuk menjadi Perawat yang ampuh anda perlu bermula dari azam dan usaha menjadi Murid yang Ampuh.... ampuh jati dirinya, sabar, bersemangat, bersungguh-sungguh, disiplin, jujur, taat dan istiqamah di dalam usaha niat nya.

Langkah yang keSeribu adalah bermula dari Langkah yang Pertama...

Dan setelah langkah yang pertama diambil, anda ada lagi sembilan ratus sembilan puluh sembilan langkah sebelum anda sampai kepada langkah yang keSeribu.

Nafsu dan syaitan yang selalu melengah-lengahkan dan berusaha menggagalkan niat baik dan usaha manusia. Jangan dengar hasutan nafs,... Jangan dengar hasutan syaitan,... Jangan dengar kepada mereka yang jahil dan ingin mengajak anda keluar dari niat baik dan usaha anda.

Pilihan di tangan anda...

***********************************************************

Untuk makluman kepada yang berminat, KURSUS RAWATAN ISLAM (Mengatasi Masalah Sihir Dan Gangguan Jin) diadakan di Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

Yuran RM350 untuk seorang peserta.

Sekiranya berminat sila whatsapp, berikan Nama Penuh anda di hp saya 011-51129337. Penyertaan adalah terhad. Sila hubungi saya segera untuk appointment Kursus Rawatan.


Peserta akan di ajar cara-cara merawat bermula dari langkah-langkah asas sehinggalah kepada teknik-teknik ketika merawat dan akhirnya kaedah-kaedah penutup rawatan.

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBENTANGKAN ….

Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
Tanda-tanda gangguan
Kaedah Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

Teknik-teknik rawatan seperti :
- Teknik merawat paling asas
- Teknik merawat diri sendiri
- Teknik merawat untuk mereka yang berminat menjadi perawat
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Ibu Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik menarik bisa gangguan / barang sihir atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin2 gangguan
- Teknik-teknik serangan keatas jin2 gangguan dan ahli sihir
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin gangguan
- Teknik menyediakan bahan-bahan rawatan
- Dan lain-lain lagi

Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- amalan pernafasan untuk membenteng diri
- Pengijazahan amalan

Terima kasih, wassalam.