Friday, December 21, 2012

Ustaz Azrin Outstation - Pusat Rawatan akan dibuka semula pada 01 Jan 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum warahmatullah.. Untuk makluman pembaca sekelian, Saya akan mengikuti program cabaran Mendaki Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat (21 Dec - 30 Dec), dan akan bertolak pada malam ini.. Agak sukar untuk menghubungi saya di sana kerana kebanyakan tempat tiada "line" untuk handphone..

InsyaAllah, Pusat rawatan saya akan dibuka semula pada 01 Jan 2013. Kepada sesiapa yang tidak dapat menghubungi saya, sila hantarkan sms, dan harap maklum diatas kelewatan saya membalas sms anda.

Moga2 Allah kurniakan keselamatan, perlindungan dan kemudahan sepanjang saya mengikuti program ini.. Amin..


Wassalam

Wajah Dan Tubuh Berkudis Akibat Sihir Bomoh Siam - Part 2

Sambungan....

Halimah tersentak lalu terjaga dari tidur. Dia merasakan tubuh badannya gatal merenyam2, gatal yang teramat sangat. Hampir satu jam Halimah tergaru2, tidak cukup menggaru dengan tangan, Halimah mengambil sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat, tubuh badan Halimah mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk.

Tiba2 saja Halimah teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?


"Bang...bang.. bangun bang.. habis satu badan saya gatal2 ni", kata Halimah pada suaminya Salim yang sedang nyenyak tidur. Sambil menggesek2kan mata, Salim menguap lebar.

"Astaghfirullahal'azim... apa dah jadi dengan muka awak ni Halimah?", Salim terkejut melihat wajah Halimah yang melecur seperti kena bakar.

"Entahlah bang, tiba2 saja seluruh badan saya gatal2, saya tak tahan gatal sangat, saya garu sampai jadi macam ni", kata Halimah sambil menangis.

Salim bergegas bangun mengajak Halimah ke Hospital. Sampai di Hospital, Halimah di masukkan ke wad kecemasan. Yang peliknya Doktor yang memeriksa Halimah sangat kehairanan kerana seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat pesakit yang mengalami masalah begitu.

Doktor memberi Halimah ubat sapu dan antibiotik untuk melegakan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh Halimah. Lebih teruk lagi, Halimah mula meracau2 ketakutan. Halimah mendakwa dia nampak ada tiga orang perempuan berwajah hodoh ingin mencekiknya. Salim hanya mampu melihat dan menitiskan airmata melihat keadaan Halimah begitu. Akhirnya Doktor memberi Halimah suntikan ubat tidur. Barulah keadaan tenang dan Halimah tertidur.


Setelah hampir tiga minggu Halimah terlantar di hospital, tiada langsung tanda2 penyakit gatalnya reda, akhirnya Salim mengambil keputusan untuk membawa Halimah keluar dari Hospital dan mencuba ikhtiar di tempat lain pula.

"Errmmm... Baiklah Halimah, awak boleh datang bersama suami malam ini untuk sessi rawatan", kerana kasihan kan Halimah yang merayu meminta tolong, akhirnya saya setuju untuk merawat beliau malam ini.

Malam itu sepertimana yang dijanjikan, Halimah dan suaminya datang ke pusat rawatan saya. Kali pertama saya melihat wajah Halimah, saya sungguh terkejut. Mukanya cacat seperti terbakar, kulitnya agak lembab seperti mengeluarkan air. "MasyaAllah!!! teruk sungguh perbuatan sihir ini", bisik saya didalam hati.

Tanpa berlengah lagi saya mulakan sessi rawatan dengan membaca Surah Al Fatihah, tapi.. mengapa rasa "berat" sungguh bacaan saya pada kali ini...Seolah2 seperti membaca didalam kepayahan.

Saya memejamkan mata, sambil mengulang2 istighfar, saya memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Tiba2, saya ternampak bayangan seperti tayangan video hitam putih, kelihatan Halimah mengherdik dan memaki hamun suaminya. Apakah ini hanya lamunan saya, atau petunjuk dari Allah? Saya tertanya2 sendiri...

Dalam masa yang sama Halimah bingkas berdiri dari tempat duduknya lantas menjerit dengan sekuat hati... "Tolongggggg!!!! Aku sakitttt!!! keluarkan aku dari tempat ni!!!Aku tak nak tengok muka ustaz ni!!!!".

Suami Halimah yang dari tadi tunduk membisu, berubah wajahnya kerana terkejut melihat Halimah menjerit sedemikian rupa. "Ustaz.. kenapa dengan Halimah ni ustaz??", Tanya Salim dalam nada panik..

Saya beri isyarat pada Salim agar duduk dan perhatikan saja saya merawat...







Ehhh.... Kenapa ni???? Laaa.. iklannn... kisah ni akan  bersambung nanti... :-)

... nantikan sambungannya...

mohon maaf kepada pembaca sekelian, saya tak sempat nak sudahkan kisah ni, kerana saya nak pergi outstation dah.. insyaAllah nanti balik outstation pada 01 Jan 2013 saya akan sambung kembali kisah ini...

Tuesday, December 18, 2012

Wajah Dan Tubuh Berkudis Akibat Sihir Bomoh Siam - Part 1

"Ustaz... tolong saya ustaz, badan dan muka saya habis gatal2 dan berkudis, dah hampir sebulan saya macam ni, dah banyak klinik saya pergi, macam2 ubat saya dah sapu, tapi langsung takde kesan... Doktor dah ambil sampel darah, tapi mereka tak dapat kesan apa2 penyakit pada saya, tolong lah saya", Halimah mengadu sambil menangis2...

Mendengar luahan hati Halimah didalam telefon membuatkan saya terkedu sebentar, jadual rawatan yang agak padat, membataskan saya untuk menerima pesakit lagi pada hari ini..

Halimah adalah seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta, beliau adalah seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Oleh kerana sikap kerajinannya yang disenangi oleh ketua jabatan, tahun ini saja sudah dua kali Halimah dinaikkan pangkat. Walaupun ada desas desus kakitangan lain yang berhasad dengki terhadapnya, itu semua langsung tidak Halimah endahkan.

Halimah sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia dikurniakan Allah paras rupa yang cantik dan menawan, namun sebagai seorang yang sudah mempunyai suami, beliau pandai menjaga diri dan tidak terpengaruh dengan godaan2 liar di pejabat. Tidak dinafikan Halimah memang seorang yang peramah dan baik hati, sikapnya yang lemah lembut itu kadangkala disalah ertikan oleh sesetengah lelaki yang mempunyai "penyakit" didalam hati. Namun Halimah pandai menjaga diri, beliau sentiasa beringat agar hubungan baiknya dengan rakan sekerja dan ketua2 jabatan mempunyai batas2 tertentu.

Satu hari Halimah menerima panggilan telefon berbentuk ugutan dari seorang wanita yang tidak beliau kenali. Panggilan yang bakal merubah hidupnya selepas ini...

"Hei Perempuan!!! Berani engkau menggoda suami aku!!, Engkau tahu dia dah ada isteri kenapa engkau tergila2kan dia? Aku akan pastikan engkau tersiksa dan merana. Aku akan buat sampai muka engkau jadi macam muka binatang!!! Aku benci engkau!!!... Aku benciiiii!!!!"... tuutt...tuutt...tuutt... talian telefon diputuskan...  Halimah tergamam, jantungnya berdebar laju, dadanya berombak2, tangannya menggeletar ketakutan mendengar ugutan yang sedemikian rupa.. Setelah hampir setengah jam terdiam, beliau meneruskan kerja2 pejabat seperti biasa, walaupun fikirannya berkeceramuk memikirkan ugutan yang diterimanya sebentar tadi..

Malam itu Halimah mengalami mimpi yang sangat pelik dan menakutkan. Dia bermimpi dia dikelilingi oleh beberapa orang Sami Siam, tubuhnya diikat di sebatang buluh dan disalai seperti kambing bakar, habis badan dan mukanya melecur. Sami2 Siam itu merenung tajam ke arah Halimah, disisinya juga kelihatan bangkai seekor anjing hitam yang dipenuhi dengan darah.

Halimah tersentak lalu terjaga dari tidur. Dia merasakan tubuh badannya gatal merenyam2, gatal yang teramat sangat. Hampir satu jam Halimah tergaru2, tidak cukup menggaru dengan tangan, Halimah mengambil sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat, tubuh badan Halimah mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk.

Tiba2 saja Halimah teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?

Bersambung....  :-)

Wednesday, December 5, 2012

Kursus Rawatan Islam (Ustaz Azrin) Untuk Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia..


Bismillahirahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih meminjamkan turun naik nafas dan kesempurnaan sifat ini. Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan, Rahmatan lil 'Alamin, Muhammad Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana masalah kekangan masa yang tidak mengizinkan, saya agak terlewat untuk mengemaskini kisah aktiviti rawatan dan kursus-kursus yang saya anjurkan.

Pada 11hb - 13hb November yang lalu, Kursus Rawatan Islam telah diadakan untuk Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), bertempat di Adamson Hotel, Kuala Lumpur. Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Yang DiPertua PPOBM,  En Jaafar Md Isa, Setiausaha PPOBM, En Mohd Hakimi Hassan, AJK2 PPOBM yang lain, Puan Sakinah, En Anuar, En Zainal, Cikgu Musa, En Dzurkpli, Puan Zasyiela Dan Semua Sukarelawan / Sukarelawati. Terima kasih juga untuk sahabat saya En Zabidi Abdullah kerana dapat bersama saya untuk membantu semasa sessi Kursus tersebut.

Kesemua peserta2 kursus adalah terdiri dari Orang Kurang Upaya Penglihatan. Kursus selama 3 hari 2 malam ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan penyampaian berbentuk teori, praktikal dan tidak ketinggalan juga kami berkesempatan mengadakan majlis zikir untuk menjana rohani yang ampuh dan mantap, InsyaAllah.

Syabas saya ucapkan kepada Pihak Penganjur dan Para Peserta kerana walaupun Kursus Rawatan Islam untuk PPOBM ini julung2 kali diadakan, namun pada saya ianya amat berjaya dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang turut serta.

Majlis Penutup Kursus Rawatan Islam ini dirasmikan oleh Penasihat Kebangsaan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Dato Haji Sheikh Syawaluddin dan Timbalan Pengarah Kanan JAKIM, Tuan Haji Hakim. Pada Majlis penutup itu juga ramai petugas2 media dari TV9, Al-Hijrah, RTM, Utusan, Bernama menemurah peserta2 kursus serta mengadakan sidang media.

Moga2 Kursus ini dapat memberi manfaat kepada Peserta2 di kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan seterusnya membuktikan bahawa golongan mereka ini juga berupaya menjadi Perawat Cemerlang yang dapat membantu merawat masyarakat yang memerlukan bantuan.

Dibawah ini saya sertakan beberapa keping gambar2 kenangan sewaktu Kursus dijalankan..






Sessi Makan



Latihan Scanning

Solat Berjemaah

Majlis Zikir







Sessi Praktikal Yang Berkesan

Praktikal Merawat













Saya Bersama Penasihat Kebangsaan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Dato Haji Sheikh Syawaluddin dan Timbalan Pengarah Kanan JAKIM, Tuan Haji Hakim.
Sessi Bergambar... Ramai lagi yang tak sempat bergambar.. kerana ruang kecil.. :-)
Sidang Media.. Di tengah, Yang DiPertua PPOBM,  En Jaafar Md Isa
Temuramah Bersama TV9


Majlis Penutup
Ada kawan snap gambar temuramah di siaran TV Al Hijrah.. saya pun tak sempat tengok.. :-)